PREFERENCE SHARE

Saham keutamaan (Preference share) adalah saham dimana pemiliknya dibayar dividen terlebih dahulu daripada saham biasa (Ordinary share).

SHARE CAPITAL

Modal Saham atau Share Capital adalah jumlah dana atau modal yang dikumpulkan oleh pemilik sesebuah syarikat. Modal saham terbahagi kepada dua: Ordinary share (Saham Biasa) Preference share (Saham Keutamaan)   BACA LAGI : PERBEZAAN ORDINARY SHARE DAN PREFERENCE SHARE

AUTHORISED SHARE CAPITAL

Modal Saham Yang Dibenarkan atau Authorised Share Capital adalah jumlah saham yang dibenarkan untuk diterbitkan oleh sesebuah syarikat seperti yang terkandung di dalam Memorandum dan Artikel syarikat.