OPEC, bukan OPEC setuju pantau pengurangan minyak

Negara OPEC dan pengeluar minyak bukan OPEC bersetuju untuk memantau pematuhan mereka terhadap perjanjian pengurangan bekalan minyak yang bersejarah bulan lalu, meletakkan semula pasaran global di landasan betul selepas lebih dua tahun mengalami lebihan bekalan.

Purata harga minyak dunia dijangka meningkat 2017

Perjanjian yang dicapai anggota Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sebahagian negara bukan OPEC bagi mengurangkan pengeluaran minyak mentah bermula 1 Januari tahun depan, akan menjadi usaha terpenting untuk memulakan kitaran pemulihan harga bahan api itu.