CASH

Wang Tunai atau Cash merupakan wang syiling dan wang kertas yang dipegang oleh orang ramai, termasuk wang tunai di bank, dan deposit akaun semasa.

TOKEN MONEY

Wang Tanda atau Token Money merupakan wang yang nilai mukanya adalah lebih besar danipada nilai kandungan logam yang digunakan untuk membuat wang tersebut.

NARROW MONEY

Wang Sempit atau Narrow Money merupakan mata wang dalam peredaran dan deposit akaun semasa. Wang sempit mentakrifkan wang sebagai media pentukaran semata-mata.

LEGAL TENDER

Wang Sah atau Legal Tender merupakan wang yang wajib diterima sebagai alat untuk menjelaskan urus niaga atau membayar hutang.

MONEY AT CALL

Wang Panggilan atau Money At Call merupakan pinjaman jangka pendek yang diberikan oleh bank kepada gedung diskaun atau broken bil. Misalnya, bil perbendaharaan boleh dipanggil balik dengan notis yang tidak melebihi 14 hari. Wang panggilan biasanya digunakan oleh gedung diskaun untuk membeli surat hutang. Wang panggilan ialah aset yang paling cair dipegang oleh bank perdagangan.

HOT MONEY

Wang Panas atau Hot Money merupakan wang atau modal jangka pendek yang bergerak dengan pantas akibat dorongan jangkaan suatu perubahan dalam kadar pertukaran asing, keinginan untuk melepaskan kerugian akibat peperangan, cukai yang tinggi, levi modal, kesulitan ekonomi dalaman, atau inflasi.

DEAR MONEY

Wang Mahal atau Dear Money merupakan suatu keadaan apabila kos untuk meminjam wang tinggi kerana kadar faedah tinggi, dan pinjaman bank sukar diperolehi.

OUTSIDE MONEY

Wang Luar atau Outside Money merupakan tuntutan bersih sektor swasta, iaitu isi rumah dan firma, terhadap sektor kerajaan, iaitu suatu sektor di luar sektor swasta tersebut, setelah diambil kira tuntutan dan tanggungan semua sektor dalam ekonomi.