UNIT PERANCANG EKONOMI

Unit Perancang Ekonomi (UPE) adalah agensi utama kerajaan yang bertanggungjawab untuk menyediakan pelan pembangunan Negara

DIVERSIFICATION

Pempelbagaian atau Diversification ialah proses memperluas skop keluaran atau sektor supaya firma atau ekonomi tidak bengantung pada satu atau beberapa bilangan kecil keluaran atau sektor sahaja.

DIVIDEND WARRANT

Waran dividen atau Dividend Warrant merupakan surat arahan yang dikeluarkan oleh syarikat berhad yang membolehkan pembayaran dividen untuk satu tempoh tertentu dibuat.

RECOVERY

Pemulihan atau Recovery merupakan keadaan ekonomi yang secara keseluruhannya mengalami pertambahan dalam aktiviti ekonomi setelah melalui kemerosotan atau kemelesetan.

NATIONALISATION

Pemiliknegaraan atau Nationalisation merupakan proses memindahkan hak milik dan pengurusan suatu firma atau industri swasta ke bawah kawalan kerajaan.

INDUSTRIAL ZONE

Zon Industri atau Industrial Zone merupakan kawasan yang dikhaskan oleh kerajaan untuk pembinaan industri, terutamanya industri perkilangan.

BOYCOTT

Pemulauan atau Boycott merupakan tindakan secara kolektif tidak mahu terlibat dalam proses pengeluaran sesebuah firma atau penggunaan sesuatu barang.

CONSERVATION

emuliharaan atau Conservation merupakan tindakan memelihara persekitaran dan mengawal jumlah serta kaedah pengeluaran sumber, seperti laut, hutan, dan tanah supaya sumber tersebut berupaya mengekalkan daya pengeluarannya.