UMW Holdings cadang langkah kurang pegangan

UMW Holdings Bhd mencadangkan langkah pengurangan saham dalam UMW Oil & Gas Corp Bhd (UMW-OG) sebagai sebahagian daripada pelannya untuk melepaskan industri minyak dan gas.

TNB meterai perjanjian pembelian tenaga

Tenaga Nasional Bhd (TNB) memeterai dua perjanjian pembelian tenaga (PPA) fotovoltaik solar berskala besar (LSS) dengan syarikat tujuan khas yang ditubuhkan oleh pembida berjaya.

Sime Darby cadang buat penyusunan semula dalaman

Sime Darby Bhd bercadang melaksanakan penyusunan semula dalaman berikutan cadangan penyenaraian perniagaan perladangan dan hartanah kumpulan itu di pasaran utama Bursa Malaysia Securities Bhd.

Bursa Malaysia akan lancar pasaran PKS

Bursa Malaysia, pengendali tunggal pasaran saham negara, bercadang mewujudkan papan atau pasaran penyenaraian baru khusus bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) pada suku kedua tahun ini.

Aktiviti IPO dijangka positif tahun 2017

Bursa Malaysia Bhd menjangkakan aktiviti penyenaraian tawaran awam permulaan (IPO) lebih baik pada tahun ini, meskipun berdepan suasana pasaran saham kurang memberangsangkan.

Apakah Pasaran Modal?

Peserta pasaran modal termasuklah pelabur individu, pelabur institusi seperti dana persaraan dan dana bersama, kerajaan, syarikat-syarikat, organisasi dan institusi kewangan. Pengawal selia pasaran modal dan kewangan mengawal selia pasaran modal di bawah bidang kuasa mereka untuk melindungi pelabur.

Pasaran modal Malaysia lebih kukuh menjelang 2050

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Bhd, Datuk Seri Tajuddin Atan, berharap pasaran modal Malaysia akan bertapak lebih kukuh dan maju menjelang tahun 2050, manakala kadar celik kewangan juga ketara khususnya dalam kalangan generasi muda. “Aspirasi saya menjelang 2050, (ialah supaya) pasaran Malaysia lebih kukuh, maju dan muncul pasaran serantau yang memberi peluang kepada…

BURSA MALAYSIA

Bursa Malaysia adalah sebuah syarikat pemegang bursa yang ditubuhkan pada 1973 dan disenaraikan pada 2005.