PKS digesa dekati e-dagang

Pengusaha perusahaan industri kecil dan sederhana (IKS) tempatan digesa menggunakan platform e-dagang dalam usaha melonjakkan kedudukan masing-masing, termasuk dalam pasaran global.

CIMB catat pendapatan tertinggi RM16.07 bilion

CIMB Group Holdings Bhd – bank kedua terbesar negara – mencatatkan keuntungan sebelum cukai (PBT) sebanyak RM4.88 bilion bagi tahun kewangannya 2016, lebih tinggi berbanding RM3.91 bilion pada tahun sebelumnya.

Bursa Malaysia akan lancar pasaran PKS

Bursa Malaysia, pengendali tunggal pasaran saham negara, bercadang mewujudkan papan atau pasaran penyenaraian baru khusus bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS) pada suku kedua tahun ini.

RAM kekalkan penarafan kredit kedaulatan Malaysia

RAM Rating Services Bhd mengekalkan penarafan kredit kedaulatan skala global dan ASEAN Malaysia masing-masing pada ‘A2/stabil’ dan ‘AAA/stabil’, mencerminkan pertumbuhan kukuh ekonomi negara dan usaha pengukuhan fiskal kerajaan.

Pelaburan ekuiti swasta di rantau ini cecah AS$1.91b

Asia Tenggara menyaksikan sejumlah 32 tawaran ekuiti swasta (PE) bernilai AS$1.91 bilion (RM8.55 bilion) yang direkod pada suku ketiga tahun 2016, dengan AS$1.31 bilion (RM5.82 bilion) atau 85 peratus daripada pelaburan disumbangkan oleh dua perniagaan perkhidmatan pengangkutan dalam pasaran Indonesia.

ASEAN

PERTUBUHAN NEGARA-NEGARA ASIA TENGGARA atau Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) adalah sebuah pertubuhan geo-politik dan ekonomi dari negara-negara Asia Tenggara.