Saudi Aramco beli kepentingan ekuiti aset RAPID

PETRONAS dan Saudi Arabian Oil Company (Saudi Aramco) memeterai Perjanjian Pembelian Saham (SPA) bagi membolehkan syarikat minyak Saudi itu membeli sebahagian ekuiti dalam aset projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Johor.

Aramco bantu PETRONAS kurangkan belanja modal

PETRONAS berupaya mengurangkan beban perbelanjaan modalnya dengan penyertaan Saudi Arabian Oil Company (Saudi Aramco) sebagai pelabur dalam projek penapisan minyak dan perekah di Pengerang, kata Fitch Ratings.

PRASARANA intai peluang baharu di 3 negara

KUALA LUMPUR: Syarikat penyedia pengangkutan awam negara, Prasarana Malaysia Bhd (PRASARANA) sedang mengintai peluang perniagaan baharu di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE); Mumbai, India dan Brunei Darussalam. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Seri Azmi Abdul Aziz, berkata perbincangan itu membabitkan kerjasama dalam bidang khidmat perundingan, pengangkutan awam, operasi dan penyelenggaraan khasnya pengangkutan awam…

Saudi ARAMCO labur RM30b projek kilang penapis minyak

PUTRAJAYA: Syarikat petroleum Arab Saudi, ARAMCO dan PETRONAS akan memeterai perjanjian persefahaman bagi projek kilang penapis minyak di RAPID Pengerang, Johor membabitkan pelaburan bernilai RM30 bilion esok, kata Datuk Seri Najib Razak. Perdana Menteri menyifatkan projek itu sebagai pelaburan tunggal terbesar dan sangat penting termasuk dalam memperkukuh nilai ringgit, menambah peluang pekerjaan sekali gus menunjukkan…

Aramco Saudi pilih penaja jamin IPO AS$100b

Syarikat minyak Saudi Aramco memilih JPMorgan Chase & Co, Morgan Stanley dan HSBC Holdings Plc sebagai penaja jamin bagi tawaran awam permulaannya (IPO), demikian lapor Wall Street Journal yang memetik sumber rapat dengan perkara itu.

OPEC, bukan OPEC setuju pantau pengurangan minyak

Negara OPEC dan pengeluar minyak bukan OPEC bersetuju untuk memantau pematuhan mereka terhadap perjanjian pengurangan bekalan minyak yang bersejarah bulan lalu, meletakkan semula pasaran global di landasan betul selepas lebih dua tahun mengalami lebihan bekalan.