SKIM LATIHAN 1 MALAYSIA

Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) telah dilancarkan pada 1 Jun 2011 adalah satu program kebolehpasaran yang bertujuan untuk membantu graduan menganggur meningkatkan tahap keupayaan diri dengan mempersiapkan mereka dengan ilmu, kemahiran dan pengalaman bekerja seterusnya meningkatkan peluang mereka untuk mendapatkan pekerjaan.

TERAJU

Objektif utama TERAJU ialah menerajui, mengurus serta memacu inisiatif bagi terus memperkukuhkan agenda pembangunan bumiputera selaras dengan Pelan Transformasi Negara.