UNIT PERANCANG EKONOMI

Unit Perancang Ekonomi (UPE) adalah agensi utama kerajaan yang bertanggungjawab untuk menyediakan pelan pembangunan Negara

SKIM LATIHAN 1 MALAYSIA

Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) telah dilancarkan pada 1 Jun 2011 adalah satu program kebolehpasaran yang bertujuan untuk membantu graduan menganggur meningkatkan tahap keupayaan diri dengan mempersiapkan mereka dengan ilmu, kemahiran dan pengalaman bekerja seterusnya meningkatkan peluang mereka untuk mendapatkan pekerjaan.

DIVERSIFICATION

Pempelbagaian atau Diversification ialah proses memperluas skop keluaran atau sektor supaya firma atau ekonomi tidak bengantung pada satu atau beberapa bilangan kecil keluaran atau sektor sahaja.

DIVIDEND WARRANT

Waran dividen atau Dividend Warrant merupakan surat arahan yang dikeluarkan oleh syarikat berhad yang membolehkan pembayaran dividen untuk satu tempoh tertentu dibuat.

RECOVERY

Pemulihan atau Recovery merupakan keadaan ekonomi yang secara keseluruhannya mengalami pertambahan dalam aktiviti ekonomi setelah melalui kemerosotan atau kemelesetan.

NATIONALISATION

Pemiliknegaraan atau Nationalisation merupakan proses memindahkan hak milik dan pengurusan suatu firma atau industri swasta ke bawah kawalan kerajaan.