China nafi sekat aliran keluar modal

KUANTAN: Kerajaan China nafi melaksanakan sekatan keluar modal untuk syarikat dan rakyatnya membuat pelaburan termasuk dalam sektor hartanah di Malaysia. Duta Besar China Ke Malaysia, Dr Huang Huikang, berkata negara Tembok Besar itu sebaliknya memperkenalkan beberapa langkah bagi mengehadkan aliran modal keluar daripada negaranya untuk menangani aktiviti seperti pengubahan wang haram.

Beliau berkata, kerajaannya tidak perlu berbuat demikian kerana mempunyai rizab modal yang mencukupi. “Kita bukan menyekat aliran keluar modal, …malah rizab kita tinggi sehingga AS$1 trilion dan nombor satu di dunia.  “Kita juga mahu memastikan keseimbangan aliran masuk dan keluar modal dan mata wang yuan sejajar dengan inisiatif ‘one belt one road’ dan Laluan Sutera Maritim.

Semua langkah yang diambil sebenarnya bertujuan mengukuhkan kawalan kewangan dan menangani kegiatan pengubahan wang haram,” katanya selepas melawat Taman Industri Malaysia-China Kuantan  (MCKIP) dan Pelabuhan Kuantan, di sini, hari ini.

Sementara itu, mengenai pembinaan Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) sejauh 620 kilometer, Huikang berkata projek itu akan mula dilaksanakan bermula separuh kedua tahun ini.   Beliau berkata, projek berimpak tinggi dengan kos kira-kira RM55 bilion itu dijangka dapat disiapkan dalam tempoh enam tahun pada tahun 2022.

“Ia sudah pasti meningkatkan pertumbuhan ekonomi di Pahang dan boleh membantu Kuantan sebagai hab utama hubungan darat dan laut bagi wilayah Pantai Timur Semenanjung Malaysia,” katanya.

INFO 

  • MCKIP adalah kembar kepada Taman Industri China-Malaysia Qinzhou  (CMQIP) yang menunjukkan kerjasama dan hubungan baik kerajaan Malaysia dan China.
  • MCKIP dalam kawasan Wilayah Ekonomi Pantai Timur  (ECER) menarik RM18.1 billion pelaburan dalam dan luar negara seterusnya mewujudkan 24,140 peluang pekerjaan.
  • Alliance Steel  (M) Sdn Bhd membuat pelaburan terbesar RM5.6 bilion dan menyediakan 3,500 peluang pekerjaan.
  • Kerja menaik taraf dan perluasan Pelabuhan Kuantan yang dijangka siap sepenuhnya pada 2019 membolehkannya mengendalikan 52 juta tan metrik kargo.

SUMBER : Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s