Bank komersial sokong pemilikan rumah

KUALA LUMPUR: Bank komersial di Malaysia memberi sokongan dalam menyediakan pinjaman perumahan kepada pembeli bagi semua lapisan masyarakat, menurut Persatuan Bank-Bank dalam Malaysia (ABM).

ABM berkata, perniagaan utama bank ialah pinjaman dan akan terus menyediakan pembiayaan perumahan kepada mereka yang layak. “Bank akan terus menjalankan penilaian kesesuaian dan kemampuan,” kata persatuan itu dalam satu kenyataan, hari ini.

ABM berkata, bank dengan memberi tumpuan kepada sektor runcit sentiasa mengkaji semula strategi dan terbabit dengan pihak berkuasa untuk meningkatkan pemilikan rumah. Menurut ABM, syarikat perbankan bekerjasama dengan Bank Negara Malaysia (BNM) serta Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk meningkatkan kemampuan pemilik rumah kali pertama.

Persatuan itu berkata, bank mempunyai produk untuk ditawarkan yang bersesuaian dengan pembeli rumah tulen mengikut kemampuan dan paras pendapatan mereka. Oleh itu, katanya, pengguna perlu menyedari keperluan untuk membuat keputusan yang baik berdasarkan kemampuan dan bersesuaian dengan keadaan kewangan mereka.

Katanya, pengguna juga digalakkan mendedahkan sepenuhnya maklumat penting dengan mengambil kira kedudukan kewangan mereka apabila memohon pinjaman perumahan. “Mereka perlu bekerjasama dengan pembiaya mereka apabila membuat penilaian kesesuaian dan kemampuan untuk sebarang kemudahan yang dipohon bagi memberi laluan pengurusan kewangan yang baik di pihak pengguna,” kata ABM.

Ia berkata bank mungkin menerima bukti pendapatan alternatif seperti lejar, penyata akaun bank dan penerimaan tunai semasa proses penilaian. “Pengguna dinasihatkan supaya membuat perbandingan untuk mencari yang paling sesuai dengan keperluan mereka,” kata persatuan itu. – BERNAMA

Sumber : Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s