Untung bersih PETRONAS naik 12 peratus

KUALA LUMPUR: PETRONAS mencatat keuntungan bersih RM23.5 bilion pada 2016, naik 12 peratus berbanding RM20.9 bilion pada 2015. Ia diraih di sebalik kemerosotan pendapatan sebanyak 17 peratus kepada RM204.9 bilion berbanding RM247.7 bilion pada tahun sebelumnya.

Keuntungan sebelum cukai dalam tempoh kajian adalah RM33.7 bilion, merosot 8.0 peratus berbanding RM36.7 bilion pada 2015. Penurunan pendapatan itu adalah berikutan purata minyak mentah yang lebih rendah sejajar corak menurun harganya di peringkat global khususnya pada permulaan tahun lalu.

Ia diburukkan lagi dengan impak jumlah jualan yang lebih lemah. Namun begitu, langkah mengurangkan kos yang dilaksana PETRONAS memberi kesan positif kepada kedudukan kewangan seperti yang dicerminkan pada peningkatan keuntungan bersih kumpulan.

Langkah berkenaan menyumbangkan penjimatan lapan peratus atau RM4.1 bilion penurunan dalam kos boleh kawal kepada RM49.1 bilion berbanding RM53.2 bilion pada 2015.

SUMBER : Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s