Pasaran bon korporat kumpul RM8 bilion

KUALA LUMPUR: Pasaran bon korporat adalah kondusif kepada penerbit bagi tempoh Januari-Mac 2017 dengan RM8 bilion dikumpul dan beberapa penerbit korporat merancang memasuki pasaran tahun ini, menurut Jawatankuasa Pasaran Kewangan (FMC).

Bank Negara Malaysia (BNM), dalam satu kenyataan, memaklumkan penerbit korporat tidak memasuki pasaran bon akhir tahun lepas berikutan ketidaktentuan pasaran kewangan. Bagaimanapun, hasil bon korporat telah mengukuh.

Kenyataan itu diterbitkan berikutan perbincangan meja bulat FMC pada 10 Mac mengenai pembangunan pasaran bon domestik yang dipengerusikan Penolong Gabenor BNM, Adnan Zaylani Mohamad Zahid. Meja bulat itu membincangkan keperluan untuk pasaran

Pertukaran Kemungkiran Kredit (CDS) dan Pertukaran Kadar Faedah (IRS) dan mekanisme rujukan harga alternatif bagi membantu penerbit dan pelabur dalam proses penemuan harga. “Pembabitan dan komitmen berterusan pengurus utama selepas penyelesaian penerbitan akan juga menambah kerancakan pasaran bon korporat sekunder.

“Meja bulat itu juga membincangkan pelbagai isu meliputi permintaan untuk bon berkadar dan berkadar lebih rendah di mana idea diketengahkan untuk keperluan mempunyai dana tujuan khusus yang melabur dalam ruang ini,” katanya. – BERNAMA

SUMBER : Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s