Dasar Negara – Pengurusan Ekonomi Berhemat

Walau bagaimanapun, Krisis Kewangan Asia pada tahun1997/1998, telah menyebabkan ekonomi Malaysia terjejas teruk, dengan GDP menguncup sebanyak 7.4% pada tahun 1998. Bagi menangani kesan negatif ini, Kerajaan telah melaksanakan dasar belanjawan mengembang sebagai langkah awalan (preemptive measure) untuk merancak semula aktiviti ekonomi.

Sehubungan itu, kedudukan kewangan Kerajaan mengalami defisit yang berterusan dan mencatat paras paling tinggi sebanyak 6.7 peratus kepada KDNK pada tahun 2009. Bagi menepati perbelanjaan berhemah Kerajaan tertakluk kepada garis panduan iaitu:

  • Paras hutang Kerajaan tidak melebihi 55 peratus kepada KDNK;
  • Kedudukan akaun semasa Kerajaan Persekutuan sentiasa dalam lebihan;
  • Defisit akaun Kerajaan Persekutuan tidak melebihi 3.5 peratus kepada KDNK;
  • Hutang luar tidak melebihi 10 peratus kepada KDNK; dan
  • Khidmat bayar hutang tidak melebihi 15 peratus daripada jumlah hasil Kerajaan.

Kerajaan melaksanakan langkah konsolidasi fiskal mulai tahun 2004 bagi memperbaiki kedudukan fiskal dan mengawal hutang Kerajaan. Antaranya, melalui kawalan yang lebih ketat ke atas pelaksanaan projek pembangunan supaya mematuhi siling peruntukan, dan juga mempertingkatkan kecekapan pengurusan projek bagi memastikan projek dapat disiapkan mengikut jadual.

Usaha berterusan sentiasa diambil bagi memastikan perbelanjaan mengurus tidak melebih hasil Kerajaan. Di samping itu, Kerajaan juga komited untuk memperluas dan mengenalpasti sumber hasil baru bagi meningkatkan kutipan hasil Kerajaan.

Lebih daripada 90 peratus sumber pembiayaan pembangunan dibiayai oleh pinjaman domestik, yang tidak mencetuskan inflasi. Malaysia juga merupakan antara negara yang mempunyai kadar tabungan yang tinggi yang mampu membiayai keperluan domestik. Di samping itu, pinjaman luar pada paras yang minimum dan diurus secara berhemat boleh mengelakkan risiko ketidakseimbangan luaran dan pertukaran matawang asing.

Selain itu, Kerajaan juga sentiasa mengamalkan dasar kewangan akomodatif bagi memastikan paras harga kekal rendah serta kestabilan kadar pertukaran asing untuk menyokong pertumbuhan ekonomi.

Sejak akhir 1990an, Malaysia menikmati lebihian akaun semasa imbangan pembayaran berikutan prestasi eksport yang menggalakkan dan kemasukan pelaburan langsung asing. Ini telah menyumbang kepada kedudukan rizab antarabangsa negara bersih yang kukuh.

Selain itu, Kerajaan juga sentiasa memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan untuk mewujudkan persekitaraan ekonomi yang kondusif bagi meningkatkan daya saing negara.

Bagi tujuan ini, antara langkah yang telah dilaksanakan termasuklah mengurangkan karenah birokrasi, membanteras rasuah, memperkemas dan mempermudah prosedur bagi menjalankan perniagaan serta menyediakan tenaga kerja mahir yang menepati keperluan pasaran.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s