TNB memeterai perjanjian pembelian tenaga solar

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) memeterai perjanjian pembelian tenaga (PPA) solar berskala besar (LSS) dengan anak syarikat Mudajaya Group Bhd, Sinar Kamiri Sdn Bhd.

TNB dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, berkata, Sinar Kamiri akan mereka bentuk, membina, memiliki, mengendali dan menyenggara satu kemudahan tenaga solar fotovoltan yang mampu menjana 49 megawatt di Sungai Siput, Perak.

Sinar Kamiri adalah anak syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Mudajaya RE Sdn Bhd, anak syarikat tidak langsung milik penuh Kumpulan Mudajaya melalui anak syarikat milik penuhnya, Mudajaya Energy Sdn. Bhd.

PPA itu yang mempunyai satu jangkaan tarikh operasi komersil pada 31 Ogos 2018, mentadbir obligasi pihak-pihak terbabit untuk menjual dan membeli tenaga yang dijana oleh kemudahan terbabit bagi tempoh 21 tahun dari tarikh operasi komersil selaras dengan terma dan syarat yang telah dipersetujui.

Ini merujuk kepada langkah bidaan saingan LSS yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Tenaga pada 2016 untuk membangunkan, antara lainnya, projek LSS penghantaran-disambungkan. Suruhanjaya Tenaga menganugerahkan projek LSS penghantaran-disambungkan kepada tujuh pembida yang berjaya. – BERNAMA

SUMBER : Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s