MRT Corp lulus 4 pakej laluan SSP

KUALA LUMPUR: Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) menganugerahkan empat kontrak pakej kerja bagi pembinaan MRT Laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP). Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp, Datuk Seri Shahril Mokhtar berkata daripada empat pakej itu, tiga projek membabitkan kerja pembinaan jejambat manakala satu pakej bagi kerja pembangunan stesen.

Katanya, satu daripada empat pakej itu membabitkan Pakej Kerja V205 iaitu pembinaan jejambat dan kerja-kerja berkaitan dari Kampung Muhibbah ke Serdang Raya yang dianugerahkan kepada Trans Resources Corporation Sdn Bhd dengan nilai kontrak RM858 juta.

“Lima syarikat mengemukakan tender untuk Pakej Kerja V205 yang dikeluarkan secara terbuka pada 1 November 2016 dan ditutup pada 12 Januari 2017,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Shahril berkata, Gadang Engineering (M) Sdn Bhd dianugerahkan Pakej Kerja V206 untuk pembinaan dan menyiapkan kerja laluan jejambat dan kerja berkaitan dari Serdang Raya ke Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan nilai kontrak RM952 juta. Bagi pakej ketiga (Pakej Kerja V209), katanya tender untuk pembinaan dan kerja menyiapkan laluan jejambat dan kerja berkaitan dari Persiaran Alpinia ke Persiaran APEC dianugerahkan kepada syarikat Bumiputera, Acre Works Sdn Bhd dengan nilai kontrak RM715 juta.

Penganugerahan ketiga-tiga pakej itu diputuskan Mesyuarat Jawatankuasa Perolehan Sehenti (OSPC) yang dipengerusikan Datuk Seri Najib Razak, yang membabitkan nilai kontrak melebihi RM300 juta. Sementara itu, Mesyuarat Jawatankuasa Perolehan Sehenti II (OSPC II) yang dipengerusikan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani bertanggungjawab untuk menilai dan memutuskan kontraktor yang layak bagi kerja pembinaan membabitkan nilai antara RM50 juta hingga RM300 juta.

Katanya, OSPC II memutuskan syarikat Sunway Construction Sdn Bhd dianugerahkan kerja pembinaan dan menyiapkan stesen bertingkat dan kerja berkaitan di Damansara Damai, Sri Damansara Barat dan Sri Damansara Timur dengan nilai kontrak RM212.3 juta.

“Saya mengalu-alukan syarikat yang berjaya untuk menyambung semula Projek MRT, dan percayalah pengalaman bekerja bagi MRT Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) ini akan kelebihan yang memberi nilai tambah bagi melancarkan bagi Projek MRT Laluan SSP.

“Kesemua empat syarikat yang berjaya dipilih berdasarkan Penilaian Tender Terbaik, yang mana tender mereka dinilai berdasarkan teknikal, komersial, undang-undang, kewangan dan Program Kolaborasi Industri (ICP),” katanya.

SUMBER : Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s