Malaysia akan raih manfaat jika AS sertai TPP

KUALA LUMPUR: Malaysia akan memperoleh manfaat daripada Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) jika Amerika Syarikat (AS) menyertainya, kata Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Isham Ishak.

“AS perlu menyertai TPP disebabkan banyak konsesi yang kami persetujui akan bertumpu kepada usaha untuk memperoleh akses pasaran di AS,” katanya ketika Persidangan Perdagangan dan Kewangan Eksport 2017 di sini hari ini.

Isham berkata, Malaysia belum memutuskan untuk menarik diri daripada pakatan itu memandangkan proses pengesahannya masih berjalan. “Kami mahu membincangkannya semasa mesyuarat 12 anggota yang dijadual berlangsung di Vietnam tidak lama lagi. Ada beberapa menteri dari anggota TPP turut hadir dan berharap mereka boleh membincangkannya,” katanya.

Beliau berkata, opsyen lain yang sedang diusahakan Malaysia sekiranya pakatan itu (TPPA) tidak menjadi kenyataan, termasuk memberi tumpuan kepada perjanjian perdagangan bebas dua hala (FTA) serta perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau selain kemungkinan Malaysia memulihkan rundingan FTA Malaysia-EU.

Semalam, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata Malaysia sudah kurang berminat ke atas pakatan perdagangan itu sejak pengumuman oleh Presiden Donald Trump bahawa AS akan menarik diri. Mustapa berkata, Malaysia sebagai sebuah negara perdagangan, mempunyai dasar ekonomi terbuka, dan kegagalan melaksanakan perjanjian perdagangan akan merugikan syarikat-syarikat Malaysia untuk bersaing secara lebih berkesan, khususnya di Asia Pasifik.

“Saya menjangkakan perbincangan lebih terperinci mengenai pakatan itu tanpa AS, pada mesyuarat peringkat menteri Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Vietnam pada Mei,” katanya.

APEC ialah kumpulan 21 ekonomi yang terdiri daripada Australia, Brunei, Kanada, Chile, China, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Korea Selatan, Malaysia, Mexico, New Zealand, Papua New Guinea, Peru, Filipina, Rusia, Singapura, Taiwan, Thailand, AS dan Vietnam. TPPA dicadangkan bagi menggalakkan dagangan antara AS, Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Malaysia, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam. – BERNAMA

SUMBER : Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s