Horizon Perancangan Pembangunan Malaysia

bullet Perancangan Jangka Panjang

  • Model Baru Ekonomi, 2011 – 2020
  • Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (OPP3), 2001 – 2010
  • Wawasan 2020, 1991 – 2020
  • Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (OPP2), 1991 – 2000
  • Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (OPP1), 1971 – 1990

Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP) menetapkan teras dan strategi yang menyeluruh untuk mencapai sasaran di bawah agenda pembangunan negara dalam jangkamasa panjang.

bulletPerancangan Jangka Sederhana

  • Rancangan pembangunan lima tahun, seperti Rancangan Malaysia Kesebelas (2016-2020)
  • Kajian Separuh Penggal (KSP) bagi rancangan pembangunan lima tahun

Rancangan jangka sederhana meliputi lima tahun berdasarkan rangka kerja yang ditetapkan oleh RRJP. Ia merupakan dokumen utama untuk pelaksanaan program pembangunan Kerajaan. Rancangan pembangunan lima tahun menetapkan sasaran pertumbuhan ekonomi dan juga siling peruntukan untuk program pembangunan sektor awam. Di samping itu, ia juga menggariskan peranan sektor swasta.

Kajian Separuh Penggal (KSP) bagi rancangan lima tahun dilaksanakan di pertengahan tempoh lima tahun. KSP bertujuan untuk menyemak semula prestasi pencapaian rancangan dasar ekonomi makro dan sektoral serta membuat pelarasan semula strategi bagi mencapai semakan sasaran baru.

Di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh, kaedah 2 tahun rolling plan diperkenalkan bagi membolehkan keutamaan program dan projek disemak berdasarkan keupayaan kewangan semasa agar lebih efektif.

bulletPerancangan Jangka Pendek

  • Bajet Tahunan

Perancangan jangka pendek merupakan Bajet Tahunan yang disediakan oleh Kementerian Kewangan. Dasar dan strategi pelaksanaan tahunan adalah selari dengan perancangan jangka sederhana dan panjang.

Penyediaan bajet tahunan mengambil kira pandangan semua pihak berkepentingan termasuk sektor swasta dan badan bukan kerajaan melalui dialog bajet. Peruntukan pembangunan tahunan disedia berdasarkan senarai program dan projek pembangunan yang telah diluluskan di bawah 2 tahun rolling plan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s