SKIM LATIHAN 1 MALAYSIA

LATAR BELAKANG

Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) telah dilancarkan pada 1 Jun 2011 adalah satu program kebolehpasaran yang bertujuan untuk membantu graduan menganggur meningkatkan tahap keupayaan diri dengan mempersiapkan mereka dengan ilmu, kemahiran dan pengalaman bekerja seterusnya meningkatkan peluang mereka untuk mendapatkan pekerjaan.

Program ini diselia oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri (UPE, JPM). Program SL1M dijayakan melalui kerjasama dan penglibatan daripada Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLCs) dan syarikat swasta secara Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di mana semua kos perbelanjaan bagi melatih para graduan ini dibiayai sepenuhnya oleh pihak syarikat.

Bagi menghargai komitmen yang diberikan oleh pihak syarikat untuk melatih para graduan ini, Kerajaan telah menawarkan Insentif Potongan Cukai Berganda dan Insentif HRDF-SL1M.

OBJEKTIF

Objektif program ini adalah untuk meningkatkan tahap kebolehpasaran (employability) atau keupayaan graduan untuk mendapat pekerjaan.

KUMPULAN SASARAN

  1. Graduan menganggur yang datang dari keluarga berpendapatan rendah atau tinggal di kawasan pedalaman.
  2. Graduan yang bekerja tetapi tidak setaraf dengan kelulusan ijazah yang diperolehi.

Peserta yang menyertai program ini akan menjalani Soft-Skills Training dan On-The-Job Training dengan pihak syarikat yang mengambil bahagian bagi meningkatkan keyakinan diri dan diberi pendedahan dengan suasana kerja yang sebenar. Jangka masa bagi latihan adalah bergantung kepada keperluan pihak syarikat yang melatih namun tempoh maksimum adalah selama 12 bulan.

STRUKTUR LATIHAN DAN MODUL

Modul-modul wajib bagi memantapkan kemahiran insaniah peserta SL1M:

  1. Latihan Kemahiran Insaniah – 2 Bulan
    (Elaun bulanan peserta semasa Latihan Kemahiran Insaniah – minimum RM 1,000)
  2. Komunikasi
  3. Kemahiran Berfikir, Menganalisa dan kreatif
  4. Penyesuaian Organisasi
  5. Nilai-nilai maju diri serta Profesional
  6. Etika Korporat, Pemakaian dan Adab

Modul-modul tambahan bagi memantapkan mental, fizikal dan moral peserta SL1M yang bakal menjadi pekerja syarikat anda:

Latihan di dalam kelas

  1. Komunikasi Perniagaan dalam Bahasa Inggeris
  2. Kemahiran Penguasaan Bahasa Inggeris
  3. Pengurusan Kewangan
  4. Keusahawanan
  5. penguasaan Motivasi Diri
  6. Penguasaan Disiplin Diri
  7. Pemantapan Rohani dan Jasmani
  8. Interaksi Sosial dan Hubungan Silaturahim

Latihan di luar kelas

    1. Penerapan Semangat Berpasukan
    2. Aktiviti Pengurusan Acara/Majlis
    3. Projek Tanggungjawab Sosial Korporat
    4. Latihan Fizikal dan Penerapan Disiplin
      • Tekwando
      • Aktiviti Berkawad
      • Sukan dan Kokurikulum Luar
    5. Meningkatkan Nilai Keagamaan, Kerohanian dan Nilai-Nilai Moral yang Murni

Kursus Pra-Pekerjaan – (minimum 6 bulan dan maksimum 10 bulan)
(Elaun bulanan peserta semasa Kursus Pra-Pekerjaan – minimum RM 1,000)

Penempatan Pekerjaan

  • Peserta dibantu oleh syarikat penaung untuk mendapatkan pekerjaan sebelum program berakhir

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s