PNS sedia pembiayaan RM130j

KUALA LUMPUR: Perbadanan Nasional Bhd (PNS) memperuntukkan RM130 juta tahun ini, bagi menyediakan pembiayaan dan mengukuhkan portfolionya, terutama pelaburan dalam ekuiti dan hartanah.

Pengarah Urusannya, Datuk Syed Kamarulzaman Syed Zainol Khodki Shahabudin, berkata pihaknya kekal meneruskan agenda membantu usahawan di negara ini, meskipun menyedari tahun 2017 akan berhadapan pelbagai situasi mencabar.

Katanya, PNS mempunyai empat portfolio merangkumi ekuiti, hartanah, latihan dan francais yang menyumbang kepada perolehan agensi milik Kementerian Kewangan (Diperbadankan) itu. Beliau berkata, portfolio ekuiti dan hartanah masih menjadi penyumbang utama kepada pendapatan PNS iaitu 80 peratus, manakala selebihnya disumbangkan menerusi program latihan dan francais.

Katanya, sebanyak RM50 juta diperuntukkan untuk portfolio ekuiti, RM40 juta pula untuk hartanah dan RM40 juta untuk francais. Selain itu, katanya, PNS akan memberikan kontrak kepada lima syarikat berkaitan perladangan bagi memajukan tanah miliknya seluas 486 hektar.

SUMBER : Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s