Ekonomi Malaysia diunjur 4.3-4.4 peratus tahun ini

KUALA LUMPUR: Affin Hwang Investment Bank mengunjur ekonomi Malaysia berkembang pada kadar antara 4.3 hingga 4.4 peratus pada tahun ini, tinggi sedikit berbanding prestasi tahun lalu, 4.2 peratus.

Ketua Ekonomi, Alan Tan, berkata Malaysia masih kekal mencatatkan pertumbuhan meskipun berdepan dengan ketidaktentuan ekonomi global. “Kami mengunjurkan pertumbuhan KDNK Malaysia tahun ini adalah lingkungan unjuran rasmi kerajaan iaitu antara 4.0 peratus hingga 5.0 peratus.

“Bagaimanapun, risiko penurunan dijangka mungkin berlaku jika dipengaruhi persekitaran luaran,” katanya ketika ditemui selepas persidangan prospek ekonomi dan perniagaan 2017 di Kelana Jaya, hari ini. Persidangan itu anjuran Institut Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA).

Sementara itu, Bendahari REHDA, Datuk Muztaza Mohamad dalam sidang media berasingan berkata, kerajaan perlu mempelbagaikan insentif bagi merangsang pertumbuhan sektor hartanah di negara ini. “Ia juga sebagai usaha untuk menggalakkan kadar pemilikan rumah dalam kalangan rakyat negara ini. “Tidak dinafikan pelbagai insentif yang sudah dilaksanakan sebelum ini tetapi ia masih tidak mencukupi. Antara lain yang boleh dipertimbangkan ialah pengecualian duti setem,” katanya.

Sumber : Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s