OPR kekal 3 peratus

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kepada 3.00 peratus. Menurut jawatankuasa itu, pada kadar semasa OPR, pendirian dasar monetari adalah akomodatif dan menyokong aktiviti ekonomi.

“MPC akan terus menilai imbangan risiko berhubung dengan prospek pertumbuhan domestik dan inflasi,” menurutnya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. Menurut MPC, aktiviti ekonomi di negara maju dan negara sedang pesat membangun terus bertambah baik dengan perdagangan global juga menunjukkan pemulihan.

Katanya, dalam persekitaran semasa, ekonomi Asia mendapat manfaat daripada permintaan luaran yang lebih kukuh dalam keadaan kegiatan ekonomi dalam negeri yang mampan. “Bagi tahun 2017, ekonomi global diunjurkan berkembang pada kadar yang pantas sedikit. Namun, masih terdapat risiko kepada pertumbuhan global yang berpunca daripada ancaman seperti perlindungan perdagangan, perkembangan geopolitik, turun naik pasaran kewangan yang lebih ketara dan perkembangan negatif dalam harga komoditi utama.

“Meskipun persekitaran global dan dalam negeri adalah mencabar, ekonomi Malaysia berkembang 4.2 peratus pada tahun 2016. Pertumbuhan disokong oleh aktiviti sektor swasta, dengan sokongan tambahan daripada eksport bersih yang kembali positif,” menurutnya.

Menurut MPC, momentum pertumbuhan dijangka berterusan pada tahun 2017 dengan pertumbuhan permintaan dalam negeri yang mampan, sumbangan sektor luaran yang lebih positif yang mana akan menjadikan prestasi ekonomi Malaysia lebih baik.

“Inflasi keseluruhan diunjurkan lebih tinggi pada tahun 2017, mencerminkan terutama kesan pindahan kenaikan harga minyak global ke atas harga bahan api runcit dalam negeri. Inflasi keseluruhan dijangka secara relatif kekal tinggi pada separuh pertama tahun 2017 sebelum menurun semula.

Menurut MPC, kadar inflasi keseluruhan dalam negeri yang diunjurkan, bagaimanapun akan bergantung pada trend masa hadapan harga minyak global yang masih sangat tidak menentu. “Inflasi yang didorong oleh kos ini dijangka tidak akan memberikan kesan yang ketara kepada trend harga yang lebih meluas, memandangkan keadaan permintaan dalam negeri yang stabil.

Inflasi asas dijangka meningkat dengan sederhana. Mengenai ringgit, jawatankuasa itu menyatakan mata wang negara terus stabil bersama-sama pasaran sedang pesat membangun lain di mana pelaksanaan langkah pembangunan pasaran kewangan memberikan kesan positif kepada pasaran kewangan domestik.

“Mudah tunai sistem perbankan kekal mencukupi. Institusi kewangan terus beroperasi dengan penampan modal dan mudah tunai yang kukuh serta pertumbuhan pembiayaan kepada sektor swasta adalah selaras dengan kadar pertumbuhan aktiviti ekonomi,” katanya.

SUMBER : Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s