FGV untung RM266j tahun lalu

KUALA LUMPUR: Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) mencatat keuntungan sebelum cukai (PBT) sebanyak RM220 juta bagi suku keempat berakhir 31 Disember 2016, meningkat 13 peratus berbanding RM195 juta pada suku sama 2015.

Bagi keseluruhan tahun kewangan 2016, kumpulan perladangan itu mencatatkan PBT sebanyak RM266 juta. Pendapatannya bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016 sebanyak RM17.28 bilion, meningkat 11 peratus berbanding tahun sebelumnya. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Zakaria Arshad, berkata meskipun berdepan persekitaran yang mencabar, FGV berjaya mencatatkan prestasi baik pada suku keempat 2016 bagi mengimbangi prestasi kurang baik pada suku pertama dan ketiga.

Beliau berkata, prestasi yang baik pada suku keempat 2016 disokong oleh harga minyak sawit mentah yang tinggi. Langkah FGV melaksanakan penambahbaikan operasi dan pengurangan kos secara menyeluruh berjaya mengurangkan kos pentadbiran sebanyak RM127 juta pada 2016, katanya.

“Kami menerima manfaat daripada jangkaan semula nilai saksama liabiliti perjanjian pajakan tanah (LLA) dan perubahan pendekatan perakaunan untuk proses tanam semula tahun lalu,” katanya pada sidang media mengumumkan prestasi kewangan 2016 di sini, hari ini.

SUMBER : Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s