e-Pengeluaran KWSP jimatkan masa

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencapai objektifnya dalam mengurangkan tempoh masa yang diambil pihaknya dan pihak ketiga yang terbabit dengan menyediakan kemudahan lebih baik kepada ahli mengemukakan permohonan pengeluaran menerusi e-Pengeluaran.

Penggunaan kemudahan dalam talian e-Pengeluaran juga melonjak selepas ia diperluaskan kepada pengeluaran untuk tujuan pendidikan pada Disember 2015, selain pengeluaran untuk pembelian rumah. Selain kemudahan menghantar permohonan secara dalam talian, kemudahan itu juga membolehkan ahli menyemak jumlah yang layak untuk pengeluaran bagi skim tertentu dan memudahkan pengkreditan jumlah yang diluluskan terus ke dalam akaun bank ahli atau akaun bank yang berkaitan. Ketua Jabatan

Pengurusan Operasi Pengeluaran KWSP, Zalikar Yusoff, berkata perkhidmatan itu berkembang secara mendadak bagi menyesuaikannya dengan perubahan zaman dan kehendak ahlinya. “Ya, kami menjangkakan mendapat sambutan yang besar. Setiap suku tahun, bilangan permohonan pengeluaran, terutama pengeluaran perumahan, meningkat.

“Oleh itu, kita melihat keperluan untuk memudahkan proses dan mengurangkan masa bagi permohonan pengeluaran, yang membawa kepada pembangunan dan pengenalan e-Pengeluaran. “Disebabkan perkembangan dalam perniagaan dan transaksi KWSP ini, kami berusaha untuk meningkatkan bilangan pihak ketiga seperti bank untuk menyertai e-Pengeluaran bagi menyediakan perkhidmatan yang lebih cepat, mudah dan menjimatkan kos, ” katanya.

Ahli digalakkan mendaftar untuk i-Akaun bagi menikmati manfaat yang disediakan oleh kemudahan itu, katanya. Zalikar berkata, pengeluaran secara konvensional lazimnya akan mengambil masa lebih sembilan hari untuk diselesaikan, bermula daripada permintaan penyata bank sehingga permohonan itu diluluskan.

Bagaimanapun, katanya, menerusi e-Pengeluaran, proses itu hanya mengambil masa dua hari untuk disiapkan, tertakluk kepada permohonan pinjaman perumahan dalam talian disahkan oleh bank dan ahli telah mengesahkan cap jari mereka di kaunter KWSP.

“Melalui e-Pengeluaran, permintaan untuk penyata penebusan bank akan dilakukan secara elektronik oleh KWSP. Maklumat mengenai pinjaman perumahan boleh diperoleh secara dalam talian terus dari bank.

“Justeru, ahli dapat menjimatkan masa dan kos perjalanan,” katanya sambil menambah bahawa bank lazimnya mengambil masa dua hari untuk bertindak balas.- BERNAMA

INFO 

  • Sehingga 31 Disember 2016, daripada 264,000 aplikasi e
  • Pengeluaran yang diterima, 132,772 membabitkan pengeluaran perumahan dan 130,613 pengeluaran pendidikan.
  • Sejumlah 120,411 permohonan diluluskan melalui e-Pengeluaran, dengan 33,364 membabitkan pengeluaran perumahan dan 87,613 untuk pengeluaran pendidikan.
  • Bank yang mengambil bahagian dalam e-Pengeluaran ialah RHB Bank, Maybank, Bank Islam, OCBC Bank, Bank Simpanan Nasional, Ambank, UOB Bank dan CIMB Bank.

SUMBER : Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s