BIMB catat untung sebelum cukai RM869.2j

KUALA LUMPUR: BIMB Holdings Bhd (BIMB) mencatatkan keuntungan sebelum cukai dan zakat lebih tinggi iaitu RM869.2 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016 berbanding RM834.4 juta pada tahun kewangan sebelumnya.

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Seri Zukri Samat, berkata BIMB dan anak syarikat utamanya, Bank Islam dan Takaful Malaysia, turut merekodkan keuntungan tertinggi dengan pendapatan kumpulan itu mencecah RM3.53 bilion berbanding RM3.31 bilion tahun sebelumnya.

“Kami sangat berpuas hati kerana berjaya memberikan keuntungan yang lebih tinggi walaupun ekonomi berada dalam keadaan yang sukar. “Dengan menumpukan kepada kekuatan kami, BIMB kekal teguh dijana oleh pertumbuhan pendapatan Bank Islam dan Takaful Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zukri berkata, pendapatan berasaskan dana pembiayaan Bank Islam berkembang sebanyak 12.8 peratus, sejajar dengan pertumbuhan pembiayaan bersih. Katanya, pendapatan berasaskan bukan dana pula menokok sebanyak 17.3 peratus, disokong oleh pertumbuhan dalam pendapatan pelaburan serta pendapatan berasaskan bayaran perkhidmatan.

“Pertumbuhan pembiayaan Bank Islam kekal pada pertumbuhan dua digit yang positif sebanyak 14.3 peratus untuk mencapai RM39.2 bilion pada 31 Disember 2016. “Untuk pembiayaan, deposit pelanggan dan akaun pelaburan, masing-masing berada pada RM45.9 bilion dan RM3.8 bilion, sehingga 31 Disember 2016,” katanya.

Zukri berkata, Syarikat Takaful Malaysia Bhd pula mencatat lonjakan keuntungan disebabkan pendapatan bersih yuran wakalah yang lebih tinggi. Beliau berkata, bagi tempoh 12 bulan di bawah kajian, Takaful Keluarga menjana caruman pendapatan kasar sebanyak RM1.2 bilion, menokok sebanyak 17.3 peratus manakala sumbangan pendapatan kasar Takaful Am pula meningkat sebanyak 6 peratus kepada RM498.6 juta.

“Adalah jelas bahawa persekitaran ekonomi 2017 tidak akan bertambah baik dan ini bermakna bahawa BIMB akan lebih berhati-hati dengan pengambilan risiko serta perlu membina kekuatannya bagi mengembangkan perniagaan.

“Fokus strategik Bank Islam pada tahun 2017 akan tertumpu pada pacuan tambahan deposit yang berterusan dan mengamalkan pendigitilan sambil menumpukan kepada pertumbuhan yang lebih seimbang, manakala Takaful Malaysia mahu memupuk secara aktif kehadiran digitalnya melalui portal jualan serta inisiatif pemasaran bersepadu dalam talian,” katanya.

SUMBER : Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s