TNB meterai perjanjian pembelian tenaga

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) memeterai dua perjanjian pembelian tenaga (PPA) fotovoltaik solar berskala besar (LSS) dengan syarikat tujuan khas yang ditubuhkan oleh pembida berjaya.

Syarikat tujuan khas yang terbabit ialah UITM Solar Power Sdn Bhd dan TNB Sepang Solar Sdn Bhd, kata syarikat utiliti elektrik itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia. “Setiap syarikat tujuan khas itu akan mereka bentuk, membina, memiliki, mengendalikan dan menyenggara kemudahan menjana tenaga fotovoltaik solar dengan kapasiti yang diluluskan atau kemudahan di lokasi cadangannya.

“Perjanjian pembelian kuasa itu menentukan tanggungjawab pihak berkenaan bagi menjual dan membeli tenaga yang dijana oleh kemudahan itu bagi tempoh selama 21 tahun daripada tarikh operasi komersial mengikut terma dan syarat yang dipersetujui,” kata syarikat itu.

Sementara itu, TNB berkata ia akan memeterai perjanjian dengan pembida yang selebihnya tidak lama lagi. Pada 2016, Suruhanjaya Tenaga menganugerahkan projek LSS yang berkaitan dengan penghantaran kepada tujuh pembida yang berjaya. BERNAMA

SUMBER : Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s