PKS digesa dekati e-dagang

SHAH ALAM: Pengusaha perusahaan industri kecil dan sederhana (IKS) tempatan digesa menggunakan platform e-dagang dalam usaha melonjakkan kedudukan masing-masing, termasuk dalam pasaran global.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ia berikutan platform e-dagang adalah pilihan perniagaan ketika ini. “Tumpuan kami (kerajaan) adalah untuk IKS sama-sama menggunakan platform e-dagang termasuk perusahaan halal.

“Ia selaras dengan usaha MITI untuk mencapai kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 20 peratus dalam e-dagang menjelang 2020. “Bagaimanapun, MITI menjangkakan sasaran itu boleh dilepasi,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Hab eFULFILMENT Serantau ZALORA di Seksyen 23 di sini, semalam.

Yang turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif ZALORA Group, Parker Gundersen dan Pengerusi Eksekutif YCH Group, Dr Robert Yap.  Terdahulu, ketika menyampaikan ucaptamanya, Mustapa berkata, kerajaan menyasarkan platform itu menyumbang RM211 bilion kepada Keluaran Dalam Negara menjelang 2020.

Pada masa sama, Mustapa berkata, pembukaan hab pengedaran ZALORA itu diharap dapat membuka peluang kepada lebih banyak jenama tempatan untuk dilonjakkan ke pasaran antarabangsa. “Kita juga mahu mereka (ZALORA) mendapatkan produk tempatan. Ini adalah platform untuk jenama Malaysia dieksport ke luar negara.

“Malaysia menyambut baik kehadiran ZALORA di negara ini melalui kerjasamanya dengan YCH Logistics Sdn Bhd dengan pelaburan sebanyak RM20 juta. “Ia akan mewujudkan sebanyak 370 peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan dalam pelbagai bidang termasuk pemasaran, kejuruteraan, pergudangan dan logistik,” katanya.

Sementara itu, Gundersen berkata, hab pengedaran serantau berkenaan adalah yang ketiga selepas di Manila, Filipina dan Jakarta, Indonesia. Katanya, pada masa ini, ZALORA juga sudah menjalinkan kerjasama dengan pereka fesyen terkemuka negara, Rizalman dan cuba menyeimbangkan antara jenama antarabangsa dan tempatan.

Fakta

Keluasan kawasan – 43,500 meter persegi

Keupayaan penyimpanan 4.2 juta item pada satu-satu masa

Pengedaran untuk lapan negara/wilayah- Singapura, Malaysia, Brunei, Hong Kong, Macau, Taiwan, Indonesia dan Filipina

SUMBER : Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s