Pasaran getah dijangka lebih kukuh

KUALA LUMPUR: Pasaran getah Malaysia dijangka lebih kukuh minggu depan, kata peniaga. Pergerakan harga komoditi itu diramal dipengaruhi prestasi Bursa Komoditi Tokyo (TOCOM), pergerakan ringgit dan pasaran hadapan minyak mentah.

Harga kontrak hadapan TOCOM, yang menetapkan rentak untuk harga tayar di Asia Tenggara dijangka pulih daripada prestasi lembap minggu lepas ketika kebimbangan mengenai kekurangan bekalan berikutan banjir di kawasan pengeluaran getah utama di Thailand, iaitu pengeluar getah terbesar dunia.

Selain itu, harga minyak akan mempengaruhi harga getah kerana kejatuhan dan kenaikannya akan menentukan harga pesaing getah asli, iaitu getah tiruan. “Pasaran dijangka kekal kukuh berikutan peningkatan minat belian, dengan syarat tidak ada sesuatu yang di luar jangkaan berlaku,” katanya kepada Bernama.

Untuk minggu baru berakhir, pasaran getah Malaysia berada dalam momentum belian yang lembap berikutan kekurangan pemangkin. Pada asas Jumaat ke Jumaat, harga tengah hari Lembaga Getah Malaysia untuk SMR 20 jatuh 56.5 sen kepada 902.5 sen sekilogram dan lateks pukal susut 22 sen kepada 778.0 sen sekilogram.

Harga penutup tidak rasmi pada jam 5 petang untuk SMR 20 turun 55.5 sen kepada 902 sen sekilogram manakala susu getah pukal susut 31.5 sen kepada 774.5 sen sekilogram. – BERNAMA

SUMBER : Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s