Pembeli disaran tukar kaedah beli hartanah

KUALA LUMPUR: Pelabur disaran beralih daripada kaedah pembelian hartanah secara konvensional kepada pembelian alternatif susulan faktor kelembapan ekonomi kini. Pengarah Pembangunan Perniagaan Starfish Training Sdn Bhd, Warrick Singh, berkata golongan muda terutamanya perlu bijak memilih cara alternatif membeli rumah dengan harga mampu milik.

Walaupun harga pasaran rumah dijangka menurun, katanya, pembeli masih menghadapi masalah mendapatkan margin pinjaman yang diingini untuk membeli kediaman baharu. Beliau berkata, ada beberapa kaedah alternatif yang boleh membantu pelabur terus mendapatkan produk kediaman yang mereka inginkan tanpa membabitkan pembiayaan daripada pihak bank.

“Cara alternatif yang terbaik adalah membeli rumah lelong, sewa beli atau sambung bayar. “Ramai golongan muda tidak mampu untuk membeli rumah dengan harga tinggi terutamanya di kawasan bandar. Jadi pembelian hartanah itu perlu ditukar daripada konvensional kepada alternatif,” katanya ketika Pameran Hartanah MyRumah NSTP di Balai Berita NSTP, di sini hari ini.

Warrick berkata, harga harga jualan rumah lelong lebih murah berbanding harga pasaran semasa sekitar 30 hingga 40 peratus dan kebanyakan lokasi rumah lelong kini berada di dalam bandar. Walaupun begitu katanya, pembeli perlu menjalankan kajian terlebih dulu mengenai rumah yang bakal dilelong dari segi potensi nilai hartanah, lokasi dan keadaan rumah itu.

“Selain itu boleh juga membeli rumah secara sewa beli atau sambung bayar. Ini kerana ketika ini ramai pemilik rumah mengalami masalah kewangan dan tidak boleh membayar ansuran pinjaman rumah kepada pihak bank. “Buat perjanjian dengan pemilik rumah untuk sambung bayar rumahnya kepada pihak bank tanpa membuat proses pembelian atau pinjaman baharu. Ini membantu pemilik rumah agar tidak disenarai hitam atau rumahnya dilelong kerana tidak dapat membayar ansuran pinjaman,” katanya.

Sementara itu, Warrick berkata, harga pasaran dan jualan rumah dijangka menurun sekitar 10 hingga 15 peratus tahun ini berbanding tahun lalu. Katanya, perkara itu berlaku disebabkan pasaran hartanah tempatan sudah berada pada tahap matang dan unit kediaman ditawarkan kepada pembeli melebihi penawaran berbanding permintaan.

“Jumlah transaksi rumah kediaman pada Januari hingga September 2016 menurun kepada 151,738 berbanding 177,108 tempoh sama tahun sebelumnya manakala nilai hartanah turun kepada 48 bilion berbanding 54 bilion pada 2015. “Berbanding 2010, pasaran hartanah tahun ini dijangka dalam keadaan paling buruk dan ia akan kembali normal sekitar tahun hadapan,” katanya.

SUMBER : Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s