InvestKL pikat 64 MNC, pelaburan RM8.9 bilion

PUTRAJAYA: InvestKL berjaya menarik pelaburan bernilai tinggi sebanyak RM8.9 bilion daripada 64 syarikat multinational (MNC) terkemuka, yang mewujudkan 9,335 pekerjaan berkemahiran tinggi serantau sejak 2011.

Jumlah itu termasuk 13 MNC yang berjaya didapatkan oleh InvestKL tahun lalu, dengan komitmen pelaburan RM3 bilion membabitkan 1,863 pekerjaan serantau. Ia terdiri daripada masing-masing lima MNC dari Eropah dan Asia Pasifik & Rantau Teluk serta tiga MNC dari Amerika Syarikat (AS).

Dalam tempoh lima tahun dari 2011 hingga 2016, 36 peratus atau RM3.2 bilion pelaburan sudah direalisasikan, manakala 56 peratus atau 5,233 daripada pekerja berkemahiran tinggi sudah menerima gaji. Daripada jumlah pekerja yang digaji, 83 peratus adalah rakyat Malaysia dengan purata pendapatan tahunan RM114,000 atau AS$26,000 berdasarkan tukaran asing setakat 15 Februari lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif InvestKL, Datuk Zainal Amanshah, berkata di sebalik cabaran peringkat global, InvestKL sudah mencapai 64 peratus daripada sasaran untuk menarik 100 MNC menubuhkan pusat operasi serantau di Greater Kuala Lumpur menjelang 2020. Katanya, pelaburan bernilai dan berkemahiran tinggi oleh sebahagian jenama berharga di dunia itu akan memberikan kesan berganda kepada ekonomi Malaysia.

“Hari ini, Kuala Lumpur adalah lokasi kepada korporat global seperti Oracle dan Honeywell dari AS; syarikat perkhidmatan pembayaran elektronik dari Perancis, Worldliness; penyedia teknologi industri dari Jerman, Voith dan penerbit isi kandungan kreatif Jepun, Kadokawa,” katanya pada taklimat media di sini, sebentar tadi. Syarikat terbabit adalah antara yang termasuk dalam senarai Fortune 500 dan Forbes 2000.

SUMBER : Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s