Untung sebelum cukai DRB-Hicom melonjak

KUALA LUMPUR: DRB-Hicom Bhd mencatat keuntungan sebelum cukai RM33.4 juta dalam tempoh sembilan bulan berakhir 31 Disember 2016 berbanding kerugian sebelum cukai RM77.8 juta dalam tempoh sama pada 2015.

Bagaimanapun, pendapatannya merosot kepada RM8.5 bilion berbanding RM9.5 bilion sebelum ini, kata syarikat dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia, hari ini. “Sektor automotif adalah penyumbang utama kepada pendapatan itu, dirangsang pelbagai pelancaran baharu oleh anak syarikat kumpulan, PROTON Holdings Bhd,” katanya.

Pada suku ketiga, DRB-Hicom mencatat keuntungan sebelum cukai RM422.33 juta berbanding kerugian sebelum cukai RM147.15 juta dalam suku yang sama 2015. Pendapatan naik kepada RM3.43 bilion berbanding RM3.33 bilion sebelum ini. DRB-HICOM berkata, perniagaan akan kekal mencabar pada 2017 kerana pertumbuhan ekonomi negara untuk tahun itu diramalkan antara empat dan lima peratus.

Bagaimanapun, katanya, jualan dalam industri automotif dijangka berkembang, disokong oleh permintaan lebih tinggi disebabkan pelancaran model baharu. Pencarian kumpulan itu untuk rakan kongsi strategik asing (FSP) untuk PROTON dijangka dimuktamadkan menjelang separuh pertama tahun ini.

“FSP berkenaan dijangka membolehkan PROTON mendapat akses kepada teknologi yang lebih baik dan baharu, selain melebarkan operasinya di luar negara,” tambahnya. – BERNAMA

SUMBER : Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s