Syarikat Malaysia-Arab Saudi tandatangan MoU RM9.74b

KUALA LUMPUR: Tujuh syarikat Malaysia dan Arab Saudi hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) berkaitan kerjasama dalam pelbagai sektor membabitkan nilai dagangan sebanyak RM9.74 bilion.

MoU itu membabitkan beberapa sektor penting termasuk produk halal, perubatan, makanan, penerbangan, perkhidmatan haji, infrastruktur, pembuatan dan tenaga. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata pemeteraian MoU itu menunjukkan peningkatan kepentingan hubungan rapat dan kerjasama dua hala antara kedua-dua negara terutama dalam bidang perniagaan.

Pemeteraian MoU itu membabitkan Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) dengan AJ Pharma Holdings Sdn Bhd dalam bidang pembangunan vaksin halal; PRASARANA Malaysia Berhad dengan Saudi Investment Group and Marketing (pengangkutan); Dewina Holdings Sdn Bhd dengan Ghazzawi Business Group (makanan dan minuman). Selain itu, Majlis Amanah Rakyat (MARA) dengan Ghazzawi Business Group (industri penerbangan); Silvertech Global Sdn Bhd dengan Alternative Technology Commercial Limited (Informasi dan Teknologi Maklumat); Nikkon Industrial Lighting Sdn Bhd dengan National Solution Modern Lighting (pembuatan) dan Gading Kencana Sdn Bhd dengan March Global Co Ltd (sektor tenaga).

Beliau berkata demikian pada sidang media Forum Perniagaan Malaysia-Arab Saudisempena lawatan negara Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud ke Malaysia di sini hari ini. Forum berkenaan dihadiri kira-kira 600 peserta terdiri daripada pelabur dan penggiat industri dari kedua-dua negara.

Selain itu, Mustapa berkata, Arab Saudi menerusi Visi Arab Saudi 2030 dan dasar transformasi mereka kini berusaha untuk memperluaskan kadar pertumbuhan ekonominya dengan tidak hanya menumpukan kepada sektor minyak dan gas.

“Syarikat Malaysia wajar memanfaatkan perkembangan itu untuk meneroka lebih banyak peluang pelaburan dan kerjasama perniagaan termasuk dalam sektor hiliran industri kecil dan sederhana, industri halal, pendidikan, teknologi dan perbankan Islam,” katanya.

SUMBER : Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s