Sime Darby cadang buat penyusunan semula dalaman

KUALA LUMPUR: Sime Darby Bhd bercadang melaksanakan penyusunan semula dalaman berikutan cadangan penyenaraian perniagaan perladangan dan hartanah kumpulan itu di pasaran utama Bursa Malaysia Securities Bhd.

“Ia membabitkan penyusunan semula pinjaman, pemindahan aset tertentu, termasuk tanah, dalam kumpulan serta permodalan pinjaman antara syarikat,” kata syarikat itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Berikutan cadangan penyusunan semula dalaman itu, konglomerat terbesar di Malaysia itu juga mencadangkan pengagihan keseluruhan pegangan saham Sime Darby dalam Sime Darby Plantation Sdn Bhd merangkumi 100 peratus saham biasa dalam Sime Darby Plantation. Ia juga termasuk keseluruhan pegangan saham Sime Darby dalam Sime Darby Property Bhd merangkumi 100 peratus saham biasa dalam Sime Darby Property.

“Dengan cadangan terbabit, akan wujud tiga entiti disenaraikan berasingan dan bebas dengan perniagaan berbeza dengan Sime Darby Plantation dan Sime Darby Property masing-masing akan menjalankan perniagaan perladangan dan hartanah semasa,” katanya.

Sime Darby akan kekal disenarai di pasaran utama dengan perniagaan membabitkan perdagangan kenderaan dan perindustrian; logistik dan perniagaan lain yang terdiri daripada penjagaan kesihatan, insurans, runcit dan pelaburan. Cadangan penyusunan semula dalaman itu bertujuan mencapai struktur modal optimum untuk Sime Darby Plantation dan Sime Darby Property, serta perdagangan dan perniagaan logistik, selepas mengambil kira kedudukan kewangan, keupayaan penjanaan aliran tunai serta pelan pertumbuhan.

“Cadangan terbabit dijangka memupuk fokus organisasi melalui mandat pengursan khusus serta akauntabiliti untuk setiap entiti perniagaan, menyediakan platform jelas dan berbeza untuk pengurusan prestasi khusus, strategi perniagaan serta inisiatif pengurusan modal,” kata Sime Darby.

Cadangan penyusunan semula dalaman dan pengagihan dijangka mempunyai kesan penting ke atas pendapatan dan pendapatan sesaham kumpulan kerana ia akan melibatkan pemisahan keputusan perladangan dan hartanah kumpulan. Apabila selesai cadangan pengagihan itu, Sime Darby Plantation dan Sime Darby Property tidak lagi menjadi anak syarikat Sime Darby, tambahnya. – BERNAMA

SUMBER : Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s