KWSP tidak hadapi masalah kewangan, rugi disebabkan 1MDB

KUALA LUMPUR: Dakwaan tiga pemimpin pembangkang kononnya Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berdepan masalah kewangan dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah penyebab kerugian itu, jelas tidak benar dan berniat jahat.

Pengarah Strategik Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, berkata mereka gagal untuk jujur apabila membuat dakwaan yang tidak masuk akal. “KWSP tidak berdepan apa-apa masalah kewangan. Jika ia berada kerugian, KWSP tidak akan membayar dividen pada pencarumnya, apatah lagi dividen sebanyak 5.7 peratus yang sihat untuk 2016, ” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, bagi tempoh sembilan tahun dari 2000 hingga 2008, KWSP mencatatkan kadar dividen tahunan purata sebanyak 4.99 peratus manakala bagi 2009 hingga 2016, purata ini meningkat kepada 6.1 peratus.

Abdul Rahman berkata, pemimpin terbabit juga gagal memberi fakta sebenar apabila mendakwa KWSP melabur dalam 1MDB sebanyak RM1.72 bilion, sedangkan jumlah sebenar adalah RM200 juta. Beliau berkata, seperti dijelaskan di Parlimen pada 2015, bon RM200 juta yang dilanggan KWSP daripada 1MDB adalah tidak berisiko kepada pelaburan agensi itu, selain dijamin oleh kerajaan.

“KWSP juga mempunyai langganan bon berjumlah RM1.5 bilion dalam dua anak syarikat Penjana Kuasa Bebas (IPP) (yang sebelum ini dimiliki 1MDB), iaitu Panglima Power Sdn Bhd (PPSB) dan Jimah Energy Ventures Sdn Bhd. “Bon infrastruktur ini sudah dilanggan KWSP masing-masing pada 2003 dan 2005, iaitu sebelum 1MDB ditubuhkan dan ia disokong oleh aliran tunai yang sihat,” katanya.

Katanya, kedua-dua IPP itu diambil alih oleh 1MDB pada mulanya sebelum dijual pada Mac 2016, iaitu ketika 1MDB melaksana pelan rasionalisasi. Sehubungan itu, katanya, kedua-dua bon tidak perlu dikaitkan lagi dengan 1MDB, malah KWSP tidak hilang satu sen pun di dalamnya.

Selain itu, katanya, jumlah pelaburan RM200 juta dalam 1MDB yang didedahkan KWSP sebenarnya hanya mewakili 0.027 peratus daripada jumlah aset KWSP iaitu RM731 bilion.

SUMBER : Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s