Aktiviti perniagaan dijangka perlahan separuh pertama 2017

KUALA LUMPUR: Aktiviti perniagaan tempatan dijangka perlahan pada separuh pertama tahun ini berikutan pengeluar mengambil langkah berhati-hati dengan ketidaktentuan ekonomi.

Kajian terbaharu yang dijalankan Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) dan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) mendapati indeks bagi prestasi perniagaan pada enam bulan pertama 2017 dijangka jatuh kepada 100 mata, berbanding 102 mata pada separuh kedua 2016.

Presiden FMM, Tan Sri Dr Lim Wee Chai, berkata pengeluar dilihat lebih berhati-hati dengan persekitaran ekonomi semasa selain berdepan jualan tempatan lebih rendah dan kos pengeluaran yang tinggi.

Beliau berkata demikian pada sidang media pembentangan hasil kajian FMM-MIER, di sini, hari ini. Bagaimanapun, kajian sama menjangkakan jualan eksport meningkat pada separuh pertama 2017. Pada separuh kedua 2016 jualan eksport merekodkan 109 mata dan ia diunjurkan meningkat pada 111 mata pada separuh pertama tahun ini.

SUMBER : Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s