Malaysia catat RM207.9b pelaburan pada 2016

KUALA LUMPUR: Malaysia menarik RM207.9 bilion dalam pelaburan yang diluluskan pada 2016, meskipun berhadapan persekitaran ekonomi global yang mencabar.   Jumlah pelaburan yang diluluskan itu membabitkan 4,972 projek dalam sektor perkilangan, perkhidmatan dan sektor utama dan dijangka mewujudkan 153,060 peluang pekerjaan.

Pelaburan domestik terus menjadi penyumbang terbesar dengan sumber domestik mewakili 71.6 peratus (RM148.9 bilion) sementara 28.4 peratus (RM59.0 bilion) oleh sumber asing. Pelabur asing terus memanfaatkan ekosistem Malaysia yang unik dan sinergi serantau dengan pelaburan langsung asing (FDI) meningkat sebanyak 63.4 peratus berbanding RM36.1 bilion pada 2015.

Negara maju kekal menjadi sumber penting bagi kemasukan pelaburan ke negara ini. Sumber utama pelaburan asing pada tahun lalu ialah Amerika Syarikat (AS), Belanda, China, Jepun, Singapura, Korea dan United Kingdom (UK). Ketujuh negara itu mewakili 55.8 peratus jumlah pelaburan asing yang diluluskan dalam perkilangan, perkhidmatan dan sektor utama.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, mengakui landskap ekonomi global sangat mencabar pada tahun lalu dengan memperlihatkan pertumbuhan perlahan dalam ekonomi dunia. Katanya, keadaan itu mendorong kepada kelemahan permintaan agregat, ketidaktentuan pasaran kewangan antarabangsa, harga komoditi yang rendah, ketidaktentuan dasar ekonomi dan persaingan serantau yang lebih sengit.

“Walaupun berhadapan cabaran ini, Malaysia terus mengekalkan momentum pertumbuhan pelaburan pada 2016,” katanya pada Sidang Media Tahunan Lembaga Pembangunan Pelaburan (MIDA) 2017 mengumumkan Prestasi Pelaburan Malaysia 2016 di sini, petang ini.

SUMBER : Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s