Malaysia Airlines catat prestasi memberangsangkan

SEPANG: Malaysia Airlines Bhd mencatat kenaikan tinggi dari segi tempahan tiket pada suku keempat tahun lalu berikutan tumpuannya terhadap perjalanan perniagaan premium dan juga tambang ekonomi. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Peter Bellew, berkata syarikat penerbangan nasional itu mencatatkan faktor muatan 81 peratus pada suku keempat 2016, meningkat berbanding hanya 70 peratus pada suku sama tahun sebelumnya.

“Suku lalu menyaksikan prestasi yang baik dalam persekitaran mencabar. Kakitangan kami bekerja keras untuk meningkatkan perkhidmatan pelanggan, yang dicerminkan dengan peningkatan tempahan.

“Fokus kami adalah untuk menjadi syarikat penerbangan premium Asia lima bintang, menawarkan ‘Hospitaliti Malaysia’ terbaik kepada 15 juta penumpang setahun, yang pergi ke 54 destinasi di 21 negara,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Bellew berkata, Malaysia Airlines dapat mengekalkan disiplin tambangnya walaupun tambang yang ditawarkan pesaing diturunkan. “Kami kekal fokus terhadap kawalan kos dan mengenal pasti pengurangan kos RM400 juta lagi tahun ini bagi mengimbangi kekuatan dolar Amerika Syarikat (AS). “Syarikat berakhir 49 peratus di depan bajet bagi tahun 2016,” katanya.

SUMBER : Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s