Fahami kandungan perjanjian elak kena tipu

KUALA LUMPUR: Pembeli rumah dinasihatkan membaca dan memahami sebarang perjanjian yang dibuat sebelum menandatangani dokumen berkaitan bagi mengelak ditipu. Ia berikutan kebanyakan pembeli mengambil mudah mengenai isi kandungan perjanjian dan terus menandatanganinya sehingga akhirnya membawa kerugian kepada mereka.

Peguam hartanah dan komersial, Elizabeth Siew, berkata terdapat banyak kes membabitkan penipuan pembelian hartanah berikutan kecuaian pembeli daripada membaca dan memahami isi kandungan dokumen. “Berdasarkan pengalaman saya mengendalikan kes sebelum ini, pembeli terpaksa menanggung kerugian besar disebabkan ditipu pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan di atas ketidakfahaman pembeli atas setiap kandungan dokumen berkenaan.

“Ia lebih terdedah kepada pembeli rumah pertama kerana mereka tidak mempunyai pengalaman membeli hartanah sebelum ini,” katanya ketika berkongsi tips dan maklumat dalam sesi seminar bersama pengunjung di pameran hartanah, MyRumah 2017, anjuran Kumpulan The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP) di Balai Berita, Bangsar, hari ini.

Beliau membentangkan topik mengenai ‘Pelabur Hartanah Bijak, Tahu Mengenai Perundangan’. Dalam seminar itu, beliau turut menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dalam pengurusan pembelian hartanah kerana dibimbangi terjebak dalam sindiket penipuan. “Kebiasaannya pembeli lebih teruja jika ditawarkan dengan pilihan kediaman pada harga mampu milik dan mempunyai pelbagai tawaran menarik.

“Pada masa ini, ada ramai ejen tidak bertauliah atau individu mengambil kesempatan dengan memperdayakan mangsa menerusi pelbagai cara, termasuk meminta wang pendahuluan sebagai yuran tempahan dengan alasan unit menarik yang ditawarkan itu adalah terhad.

“Dalam situasi ini, pembeli sukar untuk mengenal pasti sama ada ia adalah penipuan atau sebaliknya kerana mereka yang terbabit dalam penipuan itu bijak menyembunyikan kegiatan mereka seperti melampirkan geran dan pelan rumah palsu bagi meyakinkan pembeli,” katanya.

Justeru beliau berkata, sebagai persediaan, pembeli boleh mendapatkan khidmat guaman terlatih bagi menangani setiap urusan pembelian hartanah bagi mengelak risiko penipuan.

SUMBER : Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s