Bintulu berpotensi jadi hab LNG negara

KUCHING: Pembangunan Bintulu sebagai hab gas asli cecair (LNG) negara diyakini mampu memperkukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pengeluar utama bahan api itu di peringkat global, sekali gus menyumbang kepada peningkatan prestasi PETRONAS.

Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Abang Openg, berkata inisiatif itu juga mampu memperkasakan pertumbuhan industri minyak dan gas, seterusnya memastikan ekonomi negara terus berada di landasan kukuh. Katanya, penemuan LNG di Bintulu sejak 46 tahun lalu menjadikan bandar itu lokasi paling sesuai dibangunkan sebagai hab LNG negara. “Jika Pengerang di Johor menjadi hab penapisan minyak, tiada sebab mengapa Bintulu tidak boleh diangkat menjadi hab gas.

“Bintulu sudah lama membangun hasil pengeluaran gas dan mempunyai kemudahan infrastruktur asas industri itu yang serba lengkap. Kita yakin kerjasama dengan ¬†PETRONAS dapat membantu mencapai hasrat itu yang tentunya memberi banyak manfaat kepada negeri ini dan rakyatnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Sambutan Hari Keselamatan Kesihatan Persekitaran: Pencapaian 1,000,000 Jam Tanpa Kecederaan Untuk Projek Pembangunan Semula Kinabalu di Muara Tebas di Bintulu, hari ini. Hadir sama Naib Presiden (Kejuruteraan dan Teknologi) PETRONAS, Zakaria Kasah; Naib Presiden REPSOL Oil & Gas Malaysia Limited, Rob Mills dan Pengarah Urusan KKB Engineering Berhad/Ocean Might Sdn Bhd, Datuk Kho Kak Beng.

Abang Johari yang juga Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Sarawak berkata, Bintulu sudah memiliki semua kemudahan infrastruktur untuk menggerakkan industri berkenaan dan berupaya untuk dipertingkatkan, seterusnya mengukuhkan lagi industri minyak dan gas negara.

“Kita sentiasa bersedia memperkukuhkan kerjasama dengan PETRONAS bagi mendokong usaha pembangunan Bintulu sebagai sebagai hab LNG negara,” katanya. Beliau menjelaskan inisiatif itu juga antara platform strategik dalam meningkatkan penyertaan syarikat Sarawak, terutama berstatus Bumiputera dalam industri minyak dan gas negara.

“Kita mahu menyertai secara serius industri minyak dan gas yang digali di negeri ini, sama ada dalam industri hiliran atau huluan. Simpanan gas kita masih banyak yang menjamin masa depan cerah industri ini di Sarawak,” katanya.

INFO

  • 1971 – LNG ditemui di Luconia Tengah di luar pantai Sarawak dengan anggaran kapasiti kira-kira 509 bilion meter padu
  • 1972 – rundingan bermula untuk perjanjian usaha sama pengeluaran gas antara Malaysia dan Shell
  • 1974 – PETRONAS ditubuhkan bagi mengendalikan penyelarasan awal projek cari gali dan pengeluaran LNG di Bintulu

SUMBER : Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s