Aramco bantu PETRONAS kurangkan belanja modal

KUALA LUMPUR: PETRONAS berupaya mengurangkan beban perbelanjaan modalnya dengan penyertaan Saudi Arabian Oil Company (Saudi Aramco) sebagai pelabur dalam projek penapisan minyak dan perekah di Pengerang, kata Fitch Ratings.

Agensi penarafan antarabangsa itu berkata, Saudi Aramco akan mengambil 50 peratus kepentingan di dalam beberapa aset terpilih projek hiliran domestik PETRONAS. Walaupun pelaburan itu dijangka mengurangkan beban perbelanjaan modal PETRONAS, tiada kesan serta merta ke atas penarafannya, yang kekal pada A-/Stabil.

PETRONAS dimiliki sepenuhnya oleh Malaysia dan kerajaan mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap dasar operasi dan kewangannya. “Urus niaga itu, jika dimuktamadkan akan membantu mengurangkan komitmen perbelanjaan modal PETRONAS pada masa penjanaan aliran tunai operasi syarikat itu menerima tekanan daripada kelemahan harga minyak.

“Fitch menjangkakan pelaburan di dalam projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) mewakili sebahagian besar kenaikan perbelanjaan modal PETRONAS sehingga 2019,” kata Fitch Ratings.

Projek RAPID merangkumi aset penapisan dengan kapasiti mengeluarkan 300,000 tong minyak sehari, loji perekah naphtha dan beberapa kemudahan petrokimia lain dengan kapasiti pengeluaran tergabung tiga juta tan setahun produk ethylene, propylene serta olefin. Kemudahan penapisan disasar mula beroperasi awal 2019, dengan loji petrokimia berkaitan akan bermula mengikut fasa tertentu.

Kemudahan lain dikaitkan dengan projek RAPID yang merangkumi pembekalan tenaga elektrik dan air, selain terminal import gas asli cecair serta terminal penggegasan semula akan memerlukan perbelanjaan modal AS$11 bilion. Sebaik disiapkan, RAPID akan meningkatkan kapasiti penapisan dan petrokimia PETRONAS sehingga 50 peratus, selain meluaskan lagi barisan produk syarikat, terutama bahan kimia khas.

PETRONAS, yang terus mengekalkan profil kredit kukuh AA-, sudah pun mengumumkan beberapa langkah untuk menjamin aliran tunainya. Ia termasuk mengurangkan perbelanjaan modal dan perbelanjaan operasi sebanyak RM50 bilion sehingga 2020, selain dividen lebih rendah RM13 bilion tahun ini.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/255106

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s