SC berusaha capai pertumbuhan industri pengurusan dana

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) meneruskan usaha mencapai pertumbuhan industri pengurusan dana jangka panjang, kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin.

Ahmad Fairuz berkata, usaha yang dipacu oleh penggiat industri mengukuhkan firma masing, penawaran produk serta amalan membabitkan kepentingan pelanggan, ternyata membantu industri berkenaan mencatat perkembangan memberangsangkan sejak beberapa tahun lalu.

“Sehubungan itu, bagi kemajuan masa depan, inisiatif pembangunan demi merancakkan pertumbuhan itu akan terus dijalankan, termasuk pelaksanaan Pelan Induk Dana dan Pengurusan Kekayaan Berlandaskan Syariah yang dilancarkan pada 12 Januari 2017,” katanya.

Ahmad Fairuz berkata pelan induk itu bertujuan mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab global dana Islam selain memajukan negara ini sebagai penyedia antarabangsa perkhidmatan pengurusan kekayaan berlandaskan Syariah. Selain itu, katanya, antara pemacu utama strategi pembangunan SC yang relevan dengan industri pengurusan dana adalah agenda pendigitalan merangkumi pelbagai segmen pasaran modal, termasuk pengurusan dana.

“Antara inisiatif awal yang akan dilaksanakan pada 2017 adalah berkaitan dengan kerangka perkhidmatan pelaburan digital. Maklumat lanjut mengenainya akan diumumkan kelak. “Salah satu aspek agenda pembangunan berteraskan digital ini adalah tumpuan bagi mengenal pasti serta menangani risiko keselamatan siber. Malah, ia sudah diperincikan dalam Garis Panduan Pengurusan Risiko Siber SC yang dikeluarkan pada Oktober, 2016,” katanya.

Ahmad Fairuz juga menyifatkan kalangan penggiat industri pengurusan dana berperanan penting bagi meningkatkan tahap kesedaran pelabur dan pendidikan di Malaysia menerusi pelbagai inisiatif bebas serta penyertaan secara konsisten dalam pelbagai program mendekati golongan berkaitan. Katanya, program seumpama itu penting bagi memastikan penambahbaikan bagi keberkesanan penyebaran maklumat sewajarnya, dapat dilakukan seiring dengan peningkatan permintaan maklumat oleh pelabur yang komited serta berpengetahuan.

Katanya, ini sejajar penekanan SC terhadap kepercayaan awam serta keyakinan pelabur. Beliau berkata, sebarang usaha penerapan kepercayaan awam dan keyakinan pelabur itu adalah asas bagi mana-mana pasaran modal menangani gelombang jangka pendek tanpa menjejaskan sasaran pertumbuhan jangka panjang.

Katanya, biarpun tempoh beberapa tahun lepas amat mencabar bagi ekonomi global, industri pengurusan dana sebaliknya terus melakar pencapaian dari segi pertumbuhan positif. “Kemampuan industri menangani cabaran itu jelas memaparkan perkara penting, termasuk sejauh mana keyakinan pelabur untuk terus melihat (prospek) unit dana amanah, khususnya sebagai sumber meraih pulangan lebih kukuh,” katanya. BERNAMA

SUMBER : Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s