Maju Holdings perkenal program pemilikan rumah

KUALA LUMPUR: Kumpulan MAJU menawarkan program pemilikan rumah unik dikenali sebagai OwnitNow sempena pelancaran pembangunan bersepadu, Sky Five, Maju Kuala Lumpur.

Program OwnitNow dicipta khusus untuk membantu pembeli rumah mendapatkan rumah pertama mereka, memudahkan ibu bapa membantu anak mereka membeli rumah serta menolong pelabur memiliki hartanah yang selamat. Pembangunan di atas tapak seluas 5.6 hektar itu terletak di sebelah Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban.

Pengarah Urusan Kumpulan Maju Holdings, Mohd Faiq Abu Sahid, berkata dengan hanya membayar RM2,000, pembeli rumah boleh menandatangani perjanjian jual beli (SPA) dengan segera dan menjadi pemilik apartmen berkeluasan 882 kaki persegi itu. Beliau berkata, bayaran pendahuluan sebanyak 10 peratus akan dibayar pada setiap bulan selama 42 bulan dan tiada kadar faedah dikenakan.

“Pembeli juga hanya perlu memohon pembiayaan rumah tiga tahun selepas tarikh SPA,” katanya pada majlis pelancaran program berkenaan di Bandar Tasik Selatan, di sini hari ini. Katanya, pada masa ini, ramai penduduk di negara ini khususnya golongan muda beranggapan pemilikan rumah terutama di kawasan Kuala Lumpur hanyalah impian.

“Ini kerana faktor harga rumah yang semakin meningkat disamping proses pinjaman perumahan yang ketat menyukarkan lagi pemilikan rumah. “Justeru, program pemilikan rumah yang kami adakan ini turut menyediakan skim pembiayaan inovatif bagi mengatasi cabaran membeli rumah pada masa ini,” katanya.

Projek pembangunan Maju Kuala Lumpur mempunyai tujuh blok kediaman setinggi 29 tingkat. Bagaimanapun, untuk program OwnitNow, hanya blok Sky Five yang ditawarkan kepada pembeli. Info ayaran RM1,000 sebulan untuk setahun pertama RM1,500 sebulan untuk 12 bulan berikutnya RM2,000 sebulan untuk 18 bulan terakhir.

SUMBER : Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s