Langkah bendung harga rumah naik kurang berkesan: iProperty.com

KUALA LUMPUR: Pelbagai langkah yang diperkenal kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi membendung kenaikan harga hartanah didapati kurang berkesan apabila Indeks Harga Rumah (HPI) negara ini terus meningkat. Dalam kenyataan hari ini, iProperty.com Malaysia, laman web hartanah terkemuka negara ini berkata, ia mendapati, HPI itu terus meningkat dua angka, iaitu 15.3 mata indeks pada suku pertama tahun lalu manakala sektor kewangan bagi pinjaman perumahan jatuh 23.24 peratus.

Ketua Pegawai Eksekutif bagi Malaysia dan Singapura, Haresh Khoobchandani, berkata apabila Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mula menyenaraikan peminjam yang tidak pernah membayar balik pinjaman mereka ke dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat, terdapat 30 peratus penolakan pinjaman pada 2016.

“Prestasi untuk pinjaman perumahan yang diluluskan jatuh mendadak sebanyak RM5.6 bilion mulai suku pertama 2015 hingga suku pertama 2016, tetapi HPI terus meningkat,” katanya. Bagaimanapun, ia berkata, pelbagai langkah diperkenalkan itu mengukuhkan sektor kewangan dan mengurangkan sentimen negatif mengenai pasaran perumahan terlebih penawaran.

Khoobchandani berkata, walaupun harga rumah dijangka tidak jatuh, ia diunjurkan stabil atau naik pada kadar lebih perlahan dalam beberapa tahun akan datang berikutan jumlah penduduk dewasa yang semakin bertambah. “Dengan industri hartanah kini mengukuh, industri itu mungkin mengalih tumpuan ke arah pembangunan yang lebih fokus ke arah kehidupan lebih berkemampuan.

“Infrastruktur seperti pengangkutan, tenaga dan kemudahan sosial membantu meningkatkan kecekapan ekonomi dan mengurangkan kos sara hidup, dengan itu menjadikan lokasi yang dulunya mahal untuk tinggal, kini lebih mampu didiami,” katanya. BERNAMA

SUMBER : Berita Harian

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s