Pelabur asing tingkat penguasaan pasaran bon antara bank China

KUALA LUMPUR:  Pelabur asing akan mula memiliki penguasaan lebih besar dalam pasaran bon antara bank bernilai 55 trilion renminbi (RMB) China dalam usaha menjadikan RMB sebagai mata wang antarabangsa.

Dalam satu kenyataan hari ini, HSBC Bank Malaysia Bhd berkata, bank pusat dijangka menyelaras pegangan mereka dalam beberapa tahun akan datang bagi memiliki lebih banyak aset didenominasi RMB, meningkatkan permintaan untuk bon dalam negara. Pada Oktober 2016, Tabung Mata Wang Antarabangsa menambah RMB kepada sekumpulan mata wang yang membentuk Hak Pengeluaran Khas (SDR), dengan itu memberikannya status mata wang rizab global.

“Hasil yang lebih tinggi, kemasukan dalam SDR dan laluan baharu untuk melabur dalam satu daripada ekonomi paling pesat berkembang di dunia adalah beberapa faktor yang menggalakkan penyertaan lebih besar pelabur asing dalam bon China,” kata HSBC.

HSBC berkata, kadar pasaran bon kerajaan dalam pesisir dimiliki pelabur asing dijangka meningkat daripada dua peratus ketika ini kepada 10 peratus dalam tempoh dua tahun akan datang, bersamaan kira-kira AS$100 bilion (AS$1 > RM4.44) aliran masuk ke dalam pasaran. “Penyedia indeks pendapatan tetap global utama sudah mula mengkaji kemasukan pasaran bon antara bank China (CIMB) dalam pembukaan pasaran bon ketiga terbesar dunia,” kata HSBC.

“Dengan membuka pasaran bon ketiga terbesar dunia kepada institusi kewangan global, China telah mewujudkan peluang untuk mempelbagaikan aktiviti ke dalam penawaran aset dengan hasil lebih tinggi daripada bon pasaran paling maju,” katanya. Menurutnya, pada akhir November 2015, China telah memberikan Malaysia 50 bilion kuota renminbi di bawah program Sistem Pelabur Institusi Asing Berkelayakan RMB (RQFII), yang menekankan komitmen kewangan antara kedua-dua negara serta membolehkan pelabur institusi Malaysia mendapat akses kepada pasaran modal China.

Bank Rakyat China telah melancarkan program perintis pada 2010 yang membenarkan jumlah terhad institusi asing untuk melabur dalam CIMB China, terutama bank pusat asing, pihak berkuasa kewangan, bank penjelasan dan penyelesaian RMB di Hong Kong dan Macau, katanya. Bank itu berkata, ini berikutan kelonggaran bagi membolehkan Sistem Pelabur Institusi Asing Berkelayakan (QFII) atau RQFII untuk mengambil bahagian dalam CIBM pada 2012-13.

“Sistem kewangan China, walaupun besar dan menjadi ekonomi yang sedang muncul, belum lagi mencapai paras kecanggihan yang dilihat di pasaran lebih matang,” katanya. Bagaimanapun, terdapat kebimbangan meluas mengenai pertumbuhan hutang korporat sejak krisis kewangan global, meningkatkan nisbah hutang korporat berbanding keluaran dalam negara kasar kepada 19 peratus, katanya.

“Syarikat milik negara menerajui trend ini dan reformasi yang sudah lama ditunggu untuk sektor ini belum lagi menjadi kenyataan,” kata HSBC. HSBC berkata, pasaran modal yang matang akan membantu menangani isu terbabit dan meningkatkan keupayaan negara bagi memperuntukkan dan menetapkan harga modal dalam beberapa cara yang dapat mengukuhkan ekonomi dan menawarkan pelbagai peluang hasil yang lebih menarik. HSBC Malaysia akan menjadi tuan rumah forum ‘Asian & RMB’ di Kuala Lumpur pada 27 Februari 2017. – BERNAMA

SUMBER : Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s