Industri insurans am tumbuh sederhana 2016

KUALA LUMPUR: Pertumbuhan industri insurans am susut berkembang sederhana 1.1 peratus tahun lalu, berbanding 2.2 peratus tahun sebelumnya, dengan pendapatan premium kasar mencecah RM17.67 bilion. Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM), berkata insurans kenderaan berkembang 0.8 peratus, mengekalkan penguasaan dominan pasaran keseluruhan kepada 46.2 peratus.

“Premium kenderaan berada pada RM8.17 bilion tahun lalu berbanding RM8.09 bilion yang dicatatkan pada tahun sebelumnya. Insurans kebakaran kekal menjadi kelas kedua terbesar dengan penguasaan pasaran 18.5 peratus dan mencatat pertumbuhan lima peratus kepada RM3.27 bilion tahun lalu.

“Insurans perubahan dan kesihatan pula meningkat 6.6 peratus dengan premium kasar mencecah RM1.03 bilion. Ia adalah perkembangan positif berbanding penyusutan empat peratus pada tahun sebelumnya,” kata PIAM dalam kenyataan di sini, hari ni. Kelas pelbagai mengandungi bon, liabiliti, kejuruteraan dan pampasan pekerja mencatat pertumbuhan 1.7 peratus dengan nilai premium kasar berjumlah RM2.35 bilion.

Sementara itu, insurans penerbangan, marin dan transit (MAT) susut 7.8 peratus dengan premium kasar berjumlah RM1.56 bilion disebabkan pengurangan insurans dalam Marine Hull dan pengucupan dalam sektor minyak dan gas (O&G). Kelas kemalangan individu susut 0.2 peratus dengan premium kasar RM1.3 bilion.

“Secara keseluruhan pasaran terjejas dengan kelemahan sentimen pengguna dan perdagangan luaran yang lembap berikutan perkembangan yang tidak menentu dalam persekitaran global. Kadar pertumbuhan yang marginal dalam kelas motor mencerminkan kemerosotan dalam pasaran automotif tahun lalu lalu,” katanya.

Jualan kenderaan baharu susut 13 peratus kepada 580,000 unit di bawah paras 600,000 buat kali pertama sejak 2009. Bagi tuntutan bayaran yang dibuat syarikat insurans, keseluruhan Kadar Tuntutan Bersih Ditanggung (NCIR) bagi industri susut kepada 54.5 peratus tahun lalu berbanding 56.5 peratus yang dicatatkan pada tahun sebelumnya.

PIAM berkata, tuntutan insurans kenderaan yang berjumlah RM5.02 bilion pada 2016 kekal menjadi kebimbangan utama kepada industri dengan pembayaran harian mencecah RM13.8 juta dibayar bagi tuntutan kerosakan harta benda, kecederaan tubuh badan dan kecurian kenderaan oleh semua syarikat insurans kenderaan.

Pengerusi PIAM, Antony Lee berkata, fasa liberalisasi tarif insurans kebakaran dan kenderaan yang diumumkan Bank Negara Malaysia (BNM) Jun lalu akan mengubah landskap industri. “Kedua-dua kelas ini menyumbang 65 peratus kepada pasaran insurans am dan ia akan memberi kesan kepada individu, isi rumah dan pemilik perniagaan di seluruh negara, ” katanya.

SUMBER : Berita Harian

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s