CIMB catat pendapatan tertinggi RM16.07 bilion

KUALA LUMPUR: CIMB Group Holdings Bhd – bank kedua terbesar negara – mencatatkan keuntungan sebelum cukai (PBT) sebanyak RM4.88 bilion bagi tahun kewangannya 2016, lebih tinggi berbanding RM3.91 bilion pada tahun sebelumnya.

Peningkatan keuntungan itu dipacu pendapatan kumpulan yang mencatatkan rekod tertingginya iaitu RM16.07 bilion pada tahun dikaji berbanding RM15.4 bilion pada 2015. Ketua Eksekutif Kumpulannya, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz, berkata segmen pengguna mencatatkan prestasi terbaik dengan sumbangan 46 peratus kepada PBT.

Ia, katanya, dirangsang sumbangan daripada Thailand yang menyumbangkan keuntungan tahunan pertama sejak pengambilalihan. “Bagi perbankan komersial pula menyaksikan Malaysia dan Indonesia berjaya mencatatkan prestasi yang baik walaupun dijejaskan dengan peruntukan yang lebih tinggi di Singapura dan Thailand.

“Perbankan runcit turut mencatatkan pertumbuhan sebanyak 11.3 peratus bagi PBT, susulan usaha kawalan kos yang tegas dan penurunan peruntukan,” katanya pada sidang media di sini, sebentar tadi. Bagi tahun kewangan 2016 , keseluruhan dividen diumum kumpulan itu adalah 20 sen atau RM1.76 bilion yang menyaksikan kadar pembayaran dividen meliputi 49.5 peratus daripada keuntungan tahun kewangan dikaji.

SUMBER : Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s