Untung sebelum cukai Petgas RM2.1 bilion

KUALA LUMPUR: Keuntungan sebelum cukai Petronas Gas Bhd (Petgas) bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2016 naik 5.2 peratus kepada RM2.1 bilion daripada RM2 bilion bagi tempoh sama pada 2015.

Perolehan meningkat sebanyak 2.4 peratus kepada RM4.56 bilion daripada RM4.45 bilion sebelumnya, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini. Petgas berkata, keuntungan sebelum cukai yang lebih tinggi itu disebabkan kerugian tukaran asing yang lebih rendah terhadap pembiayaan liabiliti pajakan berikutan penggunaan perakaunan lindung nilai berkuat kuasa 1 Januari 2016 dan perolehan lebih tinggi semasa tahun berkenaan.

“Bagaimanapun, sebahagiannya diimbangi oleh kos operasi yang lebih tinggi disumbangkan oleh perbelanjaan susut nilai yang tinggi,” katanya. Menurut kumpulan, perolehan yang lebih tinggi dipacu terutamanya oleh perolehan utiliti yang lebih tinggi, berikutan harga jualan purata yang lebih tinggi kepada pelanggan, seiring dengan semakan menaik harga bahan api serta pendapatan struktur berasaskan prestasi lebih tinggi.

Mengenai masa depan, ia berkata prestasi kumpulan dijangka kekal kukuh tahun ini, dalam persekitaran ekonomi yang mencabar berdasarkan aliran pendapatan yang kukuh daripada perjanjian pemprosesan gas, perjanjian pengangkutan gas dan perjanjian perkhidmatan penggegasan semula yang ditandatangani dengan Petronas.

“Segmen akan terus menyumbang secara positif kepada keputusan kewangan kumpulan,” katanya. – BERNAMA

SUMBER : Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s