Tuntutan insurans motor cecah RM13.8j sehari

KUALA LUMPUR: Tuntutan insurans motor yang mencecah RM5.02 bilion pada 2016 menimbulkan kebimbangan industri insurans am yang perlu membuat pembayaran tinggi sehingga RM13.8 juta sehari. Pada 2015, jumlah pembayaran tuntutan insurans motor adalah RM5.29 bilion.

Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM), Mark Lim, berkata nahas jalan raya lazimnya membabitkan jumlah tuntutan besar bagi kematian dan kecederaan pemandu/penumpang selain kerugian besar daripada segi kerosakan harta pemilik dan pihak ketiga.

“Segmen insurans motor terus mencatat kerugian. Biarpun penyusutannya hanya lima peratus pada 2016, ia masih melebihi RM5 bilion. “Ini tidak mampu ditampung bagi jangka panjang kerana industri insurans terpaksa membayar jumlah tuntutan yang amat besar,” katanya.

Lim berkata demikian pada taklimat media mengenai keputusan tahun penuh industri itu bagi 2016, di sini, hari ini. Beliau berkata industri itu bagaimanapun menyaksikan penyusutan kes kecurian kenderaan sebanyak 20 peratus. Bilangan kenderaan yang dicuri bagi semua kelas (kenderaan) pada 2016 adalah 19,307 unit iaitu berkurangan daripada 24,154 unit pada 2015.

“Kami amat menghargai peranan pihak polis, kastam dan agensi penguatkuasaan undang-undang lain di atas komitmen dan kerjasama erat mereka dengan Majlis Pengurangan Kecurian Kenderaan (VTREC),” katanya. VTREC adalah pertubuhan pelbagai pihak berkepentingan yang diwujudkan oleh PIAM bagi menangani masalah kecurian kenderaan.

Mengulas perkara sama, Lim berkata bagi 2016, kereta buatan tempatan Proton Wira menjadi kereta persendirian paling banyak dicuri sebanyak 854 unit – berkurangan 360 unit daripada 2015. “Toyota Hilux pula adalah kereta buatan asing paling banyak dicuri iaitu 624 unit dan meningkat 29 unit berbanding sebelumnya,” katanya.

Selain itu, industri berkenaan juga dalam proses menghasilkan Sistem Penipuan Pintar yang menggunakan data analisis serba canggih bagi mengesan serta menangani masalah penipuan insurans di negara ini. Menurutnya, FIS akan diperkenalkan secara berperingkat dan dijangka dilaksanakan pada suku ketiga 2017. – BERNAMA

SUMBER : Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s