PETRONAS

Petroleum Nasional Berhad (PETRONAS) telah ditubuhkan di bawah Akta Syarikat, 1965 dan pada 1 Oktober 1974, Akta Kemajuan Petroleum telah diluluskan di Parlimen. Akta itu telah meletakkan hak PETRONAS terhadap semua hakmilik dan kawalan ke atas sumber petroleum negara dan menjadikan PETRONAS bertanggungjawab untuk mengurus sumber ini demi kepentingan negara.

Di samping itu, Akta Kemajuan Petroleum juga telah membentuk Majlis Penasihat Petroleum Negara yang bertanggungjawab menasihati Perdana Menteri mengenai perkara-perkara yang berhubung dengan petroleum dan petrokimia.

Akta itu juga memberikan kuasa kepada PETRONAS memproses, menapis petroleum, menghasilkan petrokimia dan memasarkan hasil-hasil tersebut seiring dengan lain-lain syarikat minyak antarabangsa.

PETRONAS mula menjalankan operasinya di Jabatan Perdana Menteri di Jalan Dato’Onn sebelum berpindah ke Ibu pejabatnya di Kuala Lumpur. Pengerusi dan Ketua Eksekutif pertamanya, YM Tengku Razaleigh bin Tengku Mohd. Hamzah telah dilantik oleh Perdana Menteri, YAB Tun Abd. Razak bagi menerajui perbadanan ini.

Matlamat utama penubuhan PETRONAS antaranya seperti berikut:-

  1. Untuk melindungi hak kedaulatan negara dan hak serta kepentingan yang sah bagi rakyat Malaysia untuk memiliki dan memajukan sumber petroleum, dan
  2. Untuk melaksanakan perancangan yang sempurna bagi mengusahakan hasil dan menggunakan sumber petroleum dengan cara yang teratur agar dapat memenuhi keperluan sekarang dan masa depan negara.

Dengan tertubuhnya PETRONAS, ia dapat menentukan bahawa rakyat dan negara ini mendapat manfaat yang besar dari kekayaan hasil bumi serta dapat menikmati faedah sepenuhnya daripada pembangunan industri petroleum negara.

Sejak diperbadankan, PETRONAS sudah membesar menjadi syarikat minyak dan gas dengan kepentingan perniagaan dalam 31 negara. Kumpulan Petronas mengandungi 103 anak syarikat, 19 syarikat milik sebahagiannya dan 57 syarikat bersekutu.

Fortune Global 500 meletakkan PETRONAS sebagai  syarikat ke-95 terbesar di dunia pada  2008 dan ke-80 terbesar pada 2009. Ia meletakkan PETRONAS sebagai syarikat perbadanan ke-13 paling banyak membuat keuntungan di dunia dan paling banyak keuntungan di Asia.

Majalah Financial Times mengenal pasti PETRONAS sebagai satu daripada ‘seven sisters’ yang baharu iaitu syarikat pengeluar minyak terbesar dunia. Selain itu PETRONAS juga adalah syarikat minyak dan gas milik kerajaan yang paling berpengaruh di luar Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s