PCG catat prestasi terbaik sejak disenarai

KUALA LUMPUR: Petronas Chemicals Group Bhd (PCG) mencatatkan prestasi kewangan terbaik sejak penyenaraian pada 2010 dengan kadar penggunaan loji (PU) meningkat kepada 96 peratus bagi 2016. Ia lebih tinggi berbanding penanda aras antarabangsa di tengah-tengah persekitaran yang kekal mencabar dengan harga yang rendah dan permintaan perlahan.

Peningkatan dalam PU adalah hasil tumpuan berterusan untuk meningkatkan keandalan loji dan kerjasama untuk mendapatkan bekalan bahan mentah yang lebih tinggi. Hasil peningkatan dalam jumlah jualan membantu PCG berdepan kesan tebaran produk petrokimia yang rendah. Purata harga produk susut 17 peratus pada 2016 berbanding 2015.

Walaupun kejatuhan harga purata itu, pendapatan PCG meningkat 2.4 peratus kepada RM13.86 bilion, dipacu oleh jumlah jualan yang tinggi dan disokong secara berterusan oleh impak tukaran asing yang menggalakkan. Perolehan sebelum cukai, kadar faedah, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) PCG meningkat kepada RM5.29 bilion berbanding RM4.66 bilion pada tahun sebelumnya, melebihi paras RM5 bilion, meraih manfaat daripada jumlah jualan yang tinggi, kos unit yang rendah dan inisiatif memaksimumkan marjin yang meredakan impak tebaran yang mengecil.

Justeru itu, PCG mencatatkan marjin kukuh sebanyak 38 peratus, marjin tahunan tertinggi sejak penyenaraian. Untung bersihnya bagi tahun kewangan 2016 meningkat kepada RM3.22 bilion berbanding RM3.09 bilion pada 2015. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PCG, Datuk Sazali Hamzah, berkata 2016 adalah tahun mencabar dengan ketidaktentuan berterusan harga minyak mentah global. Beliau berkata, situasi ekoran lebihan bekalan ketika faktor permintaan perlahan, menjadikan harga produk petrokimia rendah, sekali gus memberi tekanan kepada marjin.

“Namun saya gembira dengan prestasi memberangsangkan PCG bagi 2016 dengan kecemerlangan operasi dan komersial kami dipacu oleh komitmen Kesihatan, Keselamatan dan komitmen Alam Sekitar (HSE) yang menjadi keutamaan dalam setiap aspek operasi kami. “Melangkah ke hadapan, kami akan terus memperhebatkan usaha untuk mengukuhkan lagi budaya HSE dan mengekalkan prestasi loji bertaraf dunia,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan kumpulan itu di sini, sebentar tadi.

Sazali berkata, menerusi inisiatif kecemerlangan komersialnya, PCG akan meningkatkan usaha untuk memantapkan pengalaman pelanggan untuk mencipta nilai yang lebih besar, di samping terus mengembangkan pasaran strategik di rantau Asia Pasifik. Beliau berkata, projek PCG dengan BASF menerusi syarikat bersekutunya, BASF PETRONAS Chemicals Sdn Bhd di Gebeng, Pahang dijangka beroperasi mengikut jadual dan unit pengeluaran bagi Citral, Citronellol dan L-Menthol akan beroperasi secara berperingkat tahun ini.

Katanya, projek petrokimia di Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC) berjalan lancar seperti yang dirancangkan, termasuk pemberian kontrak baharu pakej kejuruteraan, pemilikan, pembinaan dan pelaksanaan (EPCC) bagi projek polietilena flexi (Flexi PE).

INFO

  • Pendapatan suku keempat PCG meningkat 10.7 peratus kepada RM3.95 bilion
  • Untung bersih PCG suku keempat meningkat kepada RM1.03 bilion
  • PCG umum dividen interim kedua sebanyak 12 sen sesaham

SUMBER : Berita Harian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s